Carian Terkini
Kod MASCO
2824-02
Bandingkan
Pegawai Eksekutif (Psikologi) Gred 41
Pegawai Eksekutif (Psikologi) Gred 41 merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
Nama Alternatif
Tugasan
memberi nasihat, merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal, dan sifat lain seperti kecerdasan, kebolehan, bakat, potensi dan sebagainya, serta mentafsir dan menilai keputusan
menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan, dan faktor lain ke atas pemikiran dan tingkah laku individu
Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/ psikologi klinikal/ kaunseling kepada klien
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menjalankan tugas yang berkaitan
mengadakan sesi kaunseling atau rawatan terapeutik dan memberi perkhidmatan susulan
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0313
    Psikologi
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analitik
kebolehan untuk meleraikan maklumat ke kategori yang lebih kecil untuk membuat kesimpulan.
Intervensi Krisis
kemahiran dalam tindak balas kecemasan segera dan jangka pendek terhadap tekanan mental, emosi, fizikal, dan tingkah laku.
Penjagaan pesakit
kemahiran dalam perkhidmatan yang diberikan oleh anggota kesihatan dan bukan profesional di bawah penyeliaan mereka untuk rawatan pesakit.
Psikologi
kebolehan memahami, mencegah dan melegakan tekanan atau disfungsi berasaskan psikologi
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan