- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial Dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
282
Profesional Sosial Dan Keagamaan
Kumpulan Unit
2825
Profesional Kerja Sosial Dan Kaunseling
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2825
Bandingkan
Profesional Kerja Sosial Dan Kaunseling
Profesional Kerja Sosial Dan Kaunseling memberi nasihat dan bimbingan kepada individu, keluarga, kumpulan, komuniti dan organisasi sebagai tindakan kepada masalah sosial dan peribadi. Mereka membantu pelanggan untuk membangunkan kemahiran, sumber akses dan perkhidmatan sokongan yang diperlukan untuk menangani isu-isu yang timbul daripada pengangguran, kemiskinan, kecacatan, ketagihan, tingkah laku jenayah dan delinkuensi, perkahwinan dan masalah-masalah lain.
Nama Alternatif
Tugasan
merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/
psikologi klinikal/ kaunseling kepada klien
membantu individu dan keluarga yang mempunyai masalah peribadi dan sosial
membantu orang cacat anggota atau akal mendapatkan rawatan yang cukup dan meningkatkan
keupayaan mereka dalam masyarakat
memberi bimbingan kepada remaja yang mungkin bermasalah serta memulihkan mereka yang bermasalah dengan menganjurkan dan menyelia aktiviti sosial, pendidikan dan rekreasi dalam kelab remaja, di pusat komuniti dan pertubuhan yang seumpamanya
merancang, mengurus atau menyediakan perkhidmatan bantuan sosial di rumah
mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan keperluan pelanggan serta menasihati tentang hak dan tanggungjawab mereka
menyediakan dan menyusun rekod kes atau laporan untuk prosiding mahkamah dan undang-undang
lain
menganalisis keadaan pelanggan dan mengemukakan pendekatan alternatif untuk menyelesaikan
masalah
menjalankan tugas yang berkaitan
membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar bagi program pemulihan di institusi dan komuniti, dan program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah
merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan. Meliputi memberikan bantuan dalam bentuk pinjaman kewangan, memberikan nasihat kepakaran serta penyeliaan berterusan bagi mengembangkan program-program belia dan sukan
mengawasi perkembangan pelanggan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)