Carian Terkini
Kod MASCO
2831-11
Bandingkan
Penyusun Iklan
Penyusun Iklan merancang dan menyediakan bahan iklan dengan pemilihan idea. Mereka melakukan penyelidikan, menentukan penulisan, dan menghasilkan naskhah iklan. Penulis naskhah iklan ialah individu yang memiliki kemahiran dan kreativiti dalam mengenal pasti idea yang boleh menarik perhatian khalayak. Kemahiran lain yang dimiliki individu tersebut termasuklah memilih perkataan dan pembentukan ayat, pemilihan warna dan reka bentuk yang tepat, serta kemampuan untuk menggabungkan konsep dan falsafah barangan atau perkhidmatan ke dalam naskhah iklan.
Nama Alternatif
Tugasan
merancang dan menyediakan bahan iklan dengan pemilihan idea. Mereka melakukan penyelidikan, menentukan penulisan, dan menghasilkan naskhah iklan. Merupakan individu yang memiliki kemahiran dan kreativiti dalam mengenal pasti idea yang boleh menarik perhatian khalayak. Kemahiran lain yang dimiliki individu tersebut termasuklah memilih perkataan dan pembentukan ayat, pemilihan warna dan reka bentuk yang tepat, serta kemampuan untuk menggabungkan konsep dan falsafah barangan atau perkhidmatan ke dalam naskhah iklan.
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0232
    Kesusasteraan dan Linguistik
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Kemahiran Menyunting
kemahiran memilih dan menyunting media bertulis, visual, audio bunyian dan filem yang digunakan untuk menyampaikan maklumat.
Pengurusan Pengetahuan
kemahiran dalam pengumpulan kaedah yang berkaitan bagi mencipta, berkongsi, menggunakan dan menguruskan pengetahuan dan maklumat dalam sesebuah organisasi.
Penulisan Salinan
kemahiran perbuatan menulis teks untuk tujuan pengiklanan atau lain-lain bentuk pemasaran
Semakan Terjemahan
kemahiran membaca dokumen atau penerbitan untuk mengesan dan membetulkan kesilapan ejaan teks atau seni.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan