Carian Terkini
Kod MASCO
2833-04
Bandingkan
Ahli Filologi
Ahli Filologi menterjemah atau mentafsir secara bertulis atau lisan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain serta mengkaji asal usul, perkembangan, dan struktur bahasa.
Nama Alternatif
Tugasan
mengkaji perhubungan antara bahasa induk lama dengan kumpulan bahasa moden, menjejak asal usul dan evolusi perkataan, tatabahasa dan bentuk bahasa serta mengemukakan penemuannya
memberi nasihat atau menyediakan sistem pengelasan bahasa, tatabahasa, kamus dan yang seumpamanya
menterjemah daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dan memastikan makna yang betul dalam bahasa asal dikekalkan, teks undang-undang, kerja teknikal atau saintifik diterjemahkan dengan betul serta ungkapan dan istilah karya asal disampaikan dengan setepat yang mungkin sambil mengekalkan gaya karya asal tersebut
mentafsirkan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, terutamanya dalam persidangan, mesyuarat, dan acara yang seumpamanya, dan memastikan makna yang disampaikan adalah betul, dan menyampaikan sedapat yang mungkin bahasa asal yang diucapkan
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0232
    Kesusasteraan dan Linguistik
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan