Carian Terkini
Kod MASCO
2913
Bandingkan
Profesional Pegawai Faedah Sosial Kerajaan
Profesional Pegawai Faedah Sosial Kerajaan memeriksa permohonan bagi program-program kerajaan, kewangan atau perkhidmatan untuk menentukan kelayakan dan jumlah faedah atau perkhidmatan yang sesuai, merujuk kes-kes yang luar biasa atau penting kepada pegawai kanan kerajaan atau pengurus.
Nama Alternatif
Tugasan
menilai dokumentasi dan menemuramah penerima faedah untuk memastikan kelayakan bagi mendapatkan faedah atau perkhidmatan
melaksanakan tugas-tugas pentadbiran yang berkaitan untuk menyelenggara rekod pelanggan dan menyediakan laporan berkaitan kelayakan, keputusan rujukan, penamatan faedah dan penyalahgunaan atau penipuan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
menguatkuasakan prosedur, peraturan dan undang-undang
memeriksa permohonan dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk menentukan jenis dan jumlah faedah yang individu layak untuk diterima
mentafsir dan menerangkan prosedur, peraturan dan undang-undang yang berkaitan kepada organisasi sosial
memberi nasihat kepada individu dan organisasi mengenai undang-undang kerajaan, kaedah dan peraturan berkaitan program faedah kerajaan, serta penentuan dan pengagihan pembayaran
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan