Carian Terkini
Kod MASCO
3117
Bandingkan
Juruteknik Perlombongan Dan Kaji Logam
TVET
Juruteknik Perlombongan dan Kaji Logam menjalankan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan dan eksperimen yang berkaitan dengan metalurgi dalam meningkatkan kaedah mengekstrak mineral pepejal, minyak dan gas, dan dalam reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan lombong dan pemasangan lombong, sistem untuk mengangkut dan menyimpan minyak dan gas asli, dan untuk pengekstrakan logam daripada bijih.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
membantu dalam kaji selidik geologi dan topografi serta dalam reka bentuk sistem pengekstrakan dan pengangkutan minyak, gas asli, dan bijih serta loji pemprosesan dan penapisan galian dan logam
membantu menyediakan bantuan teknikal untuk membantu dalam penyelidikan dan pembangunan proses untuk menentukan sifat-sifat logam dan aloi baru
mengumpul data dan maklumat bulanan bagi sektor perlombongan dan pengkuarian
mengaplikasikan pengetahuan perlombongan, pengekstrakan, pengangkutan dan penyimpanan minyak dan gas asli serta prinsip dan amalan kaji logam untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja
mengumpul serta membantu membuat kajian semua syarat-syarat yang terkandung dalam lesen-lesen yang dikeluarkan kepada pengusaha lombong, kuari dan perniagaan mineral untuk tujuan penyeragaman serta membuat lawatan naziran ke semua aktiviti perlombongan, kuari dan perniagaan mineral seluruh negara
menjalankan tugas yang berkaitan
membantu menyediakan anggaran kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan untuk projek, pengangkutan galian, minyak dan gas asli, serta untuk pemprosesan dan penapisan galian
membantu kerja penyeliaan teknikal dalam pembinaan, pemasangan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji, pengangkutan dan pemasangan, penyimpanan serta pemprosesan bijih galian, minyak dan gas asli untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan