Carian Terkini
Kod MASCO
3122-29
Bandingkan
Penyelia Gudang, Operasi Logistik Halal
STEM
Penyelia Gudang, Operasi Logistik Halal bertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau pergerakan produk / kargo Halal setiap hari dan memastikan kelancaran dan kecekapan operasi logistik Halal
Nama Alternatif
Tugasan
Menyelia operasi gudang yang selamat, bersih dan cekap untuk memastikan integriti produk / kargo Halal
Menyelia jadual penghantaran / pengumpulan trak Halal
Mengawasi prestasi pembekal / pembekal perkhidmatan / subkontraktor berkaitan Halal
Mengesahkan dokumen penghantaran Halal masuk / keluar
Menyelia semua aktiviti masuk dan keluar dikendalikan mengikut kehendak Halal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • H
    Pengangkutan Dan Penyimpanan
  • M749-004-3:2020
    Penyeliaan Operasi Halal
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
  • 1041
    Perkhidmatan Pengangkutan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Khusus
Kemahiran Penyeliaan
kemahiran mengarahkan, mengurus atau penyeliaan.
Kemasukan Data
kemahiran memasukkan maklumat ke dalam komputer atau sistem rakaman data yang menggunakan alat elektronik atau mekanikal.
Keselamatan Tempat Kerja
kebolehan menjalankan kerja harian di persekitaran yang selamat
Pematuhan Halal
kemahiran pengurusan halal dan ilmu syariah dalam mengurus produk dan perkhidmatan halal.
Pemeriksaan Inventori
kemahiran dalam pengesahan kuantiti dan keadaan fizikal barang yang disimpan di inventori atau gudang.
Pengurusan gudang
kemahiran dalam menggunakan aplikasi perisian, direka untuk menyokong pengurusan dan kakitangan gudang atau pusat pengedaran.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan