Carian Terkini
Kod MASCO
3135
Bandingkan
Pengawal Proses Pengeluaran Logam
TVET
Pengawal Proses Pengeluaran Logam mengendalikan dan mengawasi pelbagai fungsi proses kawalan mesin dan peralatan untuk melebur atau memanaskan semula logam, atau mesin untuk menuang logam.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mengendalikan dan mengawasi relau untuk meleburkan logam ferus dan bukan ferus untuk menghasilkan tuangan
menyelaras dan memantau operasi pengeluaran pemprosesan logam melalui panel kawalan, terminal komputer atau sistem kawalan yang lain
menuang logam lebur ke dalam acuan dan mengendalikan serta mengawasi mesin tuang
mengendalikan mesin penggelek untuk menjadikan atau membentuk logam bukan ferus panas atau sejuk kepada plat, kepingan, kerajang, dawai, atau rod yang ditentukan dimensinya
mengawal alat kawalan mesin penggelek
mengendalikan dan mengawasi mesin penggelek untuk membentuk keluli panas atau sejuk kepada beberapa bentuk untuk pemprosesan selanjutnya, atau kepada bentuk akhir
mengendalikan dan mengawasi mesin penggelek untuk menjadikan atau membentuk logam bukan ferus panas atau sejuk kepada bentuk yang ditentukan seperti plat, kepingan, atau kerajang
mengendalikan dan mengawasi relau untuk memanaskan semula bahan logam sebelum ditempa, ditekan dengan menggunakan kuasa, digelek, atau untuk pemprosesan selanjutnya
menjalankan tugas yang berkaitan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan