- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains Dan Kejuruteraan
Kumpulan Unit
3143
Juruteknik Perhutanan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3143
Bandingkan
Juruteknik Perhutanan
TVET
Juruteknik Perhutanan menjalankan tugas teknikal dan membangunkan aplikasi hasil penyelidikan aktiviti berkaitan perhutanan dan pengurusan hutan, penuaian, pemuliharaan sumber dan perlindungan alam sekitar.
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan inventori hutan, kaji selidik dan ukuran lapangan mengikut prosedur saintifik dan
operasi yang dibolehkan
membantu dan melaksanakan tugas-tugas teknikal dalam pengurusan hutan dan rancangan penuaian menggunakan teknik fotogrametri dan pemetaan serta sistem maklumat berkomputer
menyedia dan mengumpulkan spesimen, bahan, dan kelengkapan untuk uji kaji, pengujian, dan analisis
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
bertanggungjawab mengajar pelatih cara-cara pengendalian dan menyelenggara jentera berat dalam pembalakan, teknik membina jalan-jalan balak dan menarik balak dari hutan
mengaplikasikan pengetahuan tentang prinsip dan amalan sains untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
menganalisis sampel bijih benih bagi menentukan perkadaran kualiti, ketulenan, dan percambahan
membantu dan menjalankan uji kaji, pengujian dan analisis, serta merekodkan hasil pemerhatian dan maklumat lain yang berkaitan dengan menggunakan kelengkapan dan peralatan makmal
mengumpulkan data dan menganggarkan kuantiti serta kos bahan dan buruh yang diperlukan untuk projek
menyemak dan memantau lesen operasi hutan juga industri berasaskan kayu
mengawalselia kerja-kerja pembangunan hutan, operasi, penguatkuasaan kilang, pencerobohan hutan rekreasi dan kerja operasi termasuk kutipan hasil keluaran kayu hasil hutan
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)