Carian Terkini
Kod MASCO
3257
Bandingkan
Pemeriksa Kesihatan Pekerjaan Dan Persekitaran Dan Bersekutu
TVET
Pemeriksa Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran dan Bersekutu menyiasat undang –undang dan peraturan yang berkaitan dengan faktor persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia, keselamatan di tempat kerja, dan proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
memberi nasihat kepada pengusaha dan orang awam tentang pelaksanaan kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain berhubung dengan kebersihan, sanitasi, ketulenan, dan penggredan produk utama, makanan, ubatan, kosmetik, dan barangan yang seumpamanya
memeriksa produk atau komponen siap untuk memastikan pematuhan spesifikasi dan standard pengilang
memeriksa tempat pengeluaran, pemprosesan, pengangkutan, pengendalian, penyimpanan dan jualan produk untuk memastikan kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain dipatuhi
memeriksa tempat kerja untuk memastikan persekitaran kerja, jentera, dan kelengkapan mematuhi kaedah dan peraturan kerajaan yang berkaitan dengan sanitasi dan/ atau keselamatan dan kesihatan pekerjaan
memberi nasihat kepada wakil majikan dan pekerja tentang pelaksanaan kaedah dan peraturan kerajaan dan peraturan lain berhubung dengan keselamatan pekerjaan dan persekitaran kerja
memberi nasihat kepada pengeluar, operator, dan mereka yang menyelenggara dan membaik pulih pesawat, kereta, dan kenderaan lain tentang pelaksanaan kaedah dan peraturan kerajaan serta peraturan lain berkenaan dengan standard teknikal dan keadaan kenderaan
menjalankan tugas yang berkaitan
memeriksa kenderaan dan tempat yang dibenarkan bagi menyelenggara dan membaiki kenderaan untuk memastikan standard dan peraturan kerajaan serta peraturan lain dipatuhi
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan