Carian Terkini
Kod MASCO
3322
Bandingkan
Wakil Jualan Komersil
TVET
Wakil Jualan Komersil mewakili syarikat untuk menjual pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada peniaga dan lain-lain organisasi, dan memberikan informasi spesifik mengenai produk seperti yang dikehendaki.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mendapatkan dan mengemaskini pengetahuan tentang produk keluaran majikan dan pesaing serta memahami keadaan pasaran
mendapatkan pesanan dan menjual barangan kepada peruncit, industri, pemborong, dan perusahaan lain
menyebut dan merundingkan harga dan syarat kredit, menyempurnakan kontrak, dan merekodkan pesanan
memberi maklumat umum dan khusus serta ciri-ciri dan fungsi tentang peralatan yang hendak dijual dan menunjukkan cara penggunaannya kepada bakal pelanggan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
menjalankan tugas yang berkaitan
menjual kelengkapan teknikal, bekalan dan perkhidmatan yang berkaitan kepada pertubuhan perniagaan atau individu
mengatur penghantaran barangan, pemasangan kelengkapan, dan penyediaan perkhidmatan
melaporkan reaksi dan keperluan pelanggan kepada pengilang
melaporkan jualan yang dibuat dan produk yang boleh dipasarkan kepada pengurusan jualan
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan