Carian Terkini
Kod MASCO
3332-08
Bandingkan
Perancang Acara
Perancang Acara bertanggungjawab untuk menganjurkan acara korporat atau swasta untuk syarikat atau individu. Tugas mereka termasuk bertemu dengan pelanggan untuk membincangkan keperluan pelanggan, mengekalkan hubungan baik dengan vendor dan katerer, memantau pengurusan acara, pelaksanaan dan pembersihan acara.
Nama Alternatif
Perancang Perkahwinan
Tugasan
bertemu dengan pelanggan untuk membincangkan keperluan mereka dan menggariskan pilihan untuk memenuhi keperluan tersebut
menjawab pertanyaan berhubung dengan perkhidmatan yang disediakan dan kos bilik dan sewa peralatan, katering, dan perkhidmatan yang berkaitan
mempromosi persidangan, konvensyen, dan pameran perdagangan kepada bakal pelanggan
mengatur dan menyelaraskan perkhidmatan seperti kemudahan persidangan, katering, papan tanda, pameran, audiovisual dan kelengkapan komputer, penginapan, pengangkutan, dan acara sosial untuk peserta, serta pengaturan logistik untuk penceramah.
  • R
    Kesenian, Hiburan Dan Rekreasi
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • HT-201-4:2012
    Pengurusan Acara
  • HT-201-3:2012
    Koordinasi Pengurusan Acara
  • HT-200-4:2016
    Koordinasi Pameran
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
  • 1013
    Hotel, Restoran dan Katering
  • 1015
    Pengembaraan, pelancongan dan aktiviti senggang
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Pengurusan acara
kemahiran mereka dan pengurusan acara berskala besar.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan