Carian Terkini
Kod MASCO
3522-04
Bandingkan
Juruteknik Telekomunikasi
STEM
Juruteknik Telekomunikasi memasang, menyelenggara dan menservis pelbagai peralatan telefon, memasang litar komunikasi suara dan data, kamera keselamatan, sistem panik, akses pintu dan kabel.
Nama Alternatif
Tugasan
mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam prinsip dan amalan kejuruteraan telekomunikasi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas
menyediakan bantuan teknikal berhubung dengan penyelidikan dan pembangunan kelengkapan telekomunikasi, atau pengujian prototaip
menyediakan penyeliaan teknikal bagi pembuatan, penggunaan, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan sistem telekomunikasi untuk memastikan prestasi yang memuaskan serta mematuhi spesifikasi dan peraturan
menyediakan anggaran terperinci kuantiti dan kos bahan serta buruh yang diperlukan untuk pembuatan dan pemasangan kelengkapan telekomunikasi menurut spesifikasi yang ditetapkan
Mengkaji bahan teknikal seperti pelan induk dan lakaran untuk menentukan kaedah kerja yang hendak diguna pakai
  • F
    Pembinaan
  • OT-011-4
    Penolong Pengurus Operasi Telekomunikasi -Logistik
  • EE-031-4
    Pegawai Telekomunikasi (Operasi)
  • EE-030-4
    Pegawai Telekomunikasi (Teknikal)
  • 0713
    Elektronik dan Automasi
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Khusus
Bekerja dengan Komputer
kebolehan menggunakan komputer dan alat digital lain untuk membangun, memasang dan menyelenggara perisian dan infrastruktur ICT
Pengkomputeran Awan
kemahiran menyimpan dan mencapai data serta program melalui internet.
Pusat Operasi Rangkaian
kemahiran dalam sokongan rangkaian, pentadbiran rangkaian dan pengurusan, penukaran dan penghalaan berserta Linux.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan