Carian Terkini
Kod MASCO
3719-03
Bandingkan
Inspektor Kebakaran dan Keselamatan
Inspektor Kebakaran dan Keselamatan menguatkuasakan undang-undang keselamatan kebakaran dan menilai potensi bahaya keselamatan kebakaran di dalam bangunan.
Nama Alternatif
Tugasan
menulis laporan terperinci berkenaan pemeriksaan kebakaran yang dilakukan, pemerhatian pelanggaran kod kebakaran, dan cadangan pembetulan yang ditawarkan
Membentangkan dan menerangkan keperluan kod kebakaran dan maklumat pencegahan kebakaran kepada arkitek, kontraktor, peguam, jurutera, pemaju, kakitangan perkhidmatan bomba, dan orang awam
Memeriksa bangunan untuk mengesan keadaan berbahaya dan pelanggaran kod kebakaran
Membangunkan atau mengkaji semula pelan menangani kebakaran
Mengkaji rangka tindakan dan rancangan untuk bangunan baru atau diubahsuai untuk memastikan struktur memenuhi kod keselamatan kebakaran
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • FPA3
    Eksekutif Perlindungan Kebakaran
  • 1032
    Perlindungan Orang dan Harta Benda
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Berunding
kemahiran menyatukan orang lain dan berusaha mendamaikan.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Kemahiran Memproses Peraturan
kemahiran menyediakan laporan atau penyata, permohonan permit, pendengaran awam, dan pengeluaran permit.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan