Carian Terkini
Kod MASCO
3719-17
Bandingkan
Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29
Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 bertanggungjawab mengatur dan menyelia pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang ditadbir oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Nama Alternatif
Tugasan
Mengatur dan menyelia urusan permohonan kad pengenalan, permohonan daftar lewat kad pengenalan, urusan pindaan butiran kad pengenalan dan urusan rekod/ daftar kad pengenalan
Mengatur dan menyelia urusan permohonan kewarganegaraan, permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan, perlucutan kewarganegaraan, permohonan perlepasan kewarganegaraan dan urusan rekod kewarganegaraan
Mengatur dan menyelia urusan permohonan pendaftaran kelahiran, daftar lewat kelahiran, urusan permohonan pendaftaran kematian, daftar lewat kematian, permohonan pendaftaran anak angkat, urusan pindaan butiran kelahiran, kematian dan anak angkat serta urusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat
Mengatur dan menyelia urusan permohonan perkahwinan, urusan perkahwinan, urusan pendaftaran perceraian, urusan pindaan butiran perkahwinan dan perceraian serta urusan rekod perkahwinan dan perceraian
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • O
    Pentadbiran Awam Dan Pertahanan; Aktiviti Keselamatan Sosial Wajib
  • 0421
    Undang-Undang
  • 1032
    Perlindungan Orang dan Harta Benda
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Berunding
kemahiran menyatukan orang lain dan berusaha mendamaikan.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Kemahiran Memproses Peraturan
kemahiran menyediakan laporan atau penyata, permohonan permit, pendengaran awam, dan pengeluaran permit.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan