Carian Terkini
Kod MASCO
4212-01
Bandingkan
Kerani Kaunter Pertaruhan
Kerani Kaunter Pertaruhan mengendalikan judi, membahagi-bahagikan kad, memungut wang pertaruhan, membayar wang kepada pemenang pertaruhan, perjudian atau permainan yang seumpamanya.
Nama Alternatif
Krupier
Kerani Kasino
Tugasan
Mengesahkan identiti dan baki akaun pelanggan pertaruhan
Memantau jumlah wang yang diletakkan pada peserta perlumbaan
Menjawab pertanyaan pertaruhan melalui telefon, e-mel dan secara peribadi
Menguruskan wang pertaruhan dan mendebitkan ke dalam akaun bank secara elektronik
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan tugasan yang berkaitan
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • R
    Kesenian, Hiburan Dan Rekreasi
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Perkeranian/ Pentadbiran
kemahiran menulis surat, menyusun dan mencatat maklumat.
Khusus
Kepintaran Perniagaan (BI)
kemahiran dalam menggunakan teknologi, aplikasi dan amalan untuk pengumpulan, integrasi, analisis, dan pembentangan maklumat
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Microsoft Power Point
kemahiran dalam membuat slaid dengan rakaman, penceritaan, peralihan dan ciri lain untuk menyampaikan maklumat.
Microsoft Word
kemahiran menggunakan pemproses kata yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengendalian Perisian Sistem
kemahiran menguruskan perkakasan komputer, sumber perisian, dan menyediakan perkhidmatan umum untuk program komputer.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan