- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
4
Pekerja Sokongan Perkeranian
Kumpulan Sub-Utama
42
Kerani Perkhidmatan Pelanggan
Kumpulan Kecil
422
Pekerja Maklumat Pelanggan
Kumpulan Unit
4224
Penyambut Tetamu
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
4224
Bandingkan
Penyambut Tetamu
TVET
Penyambut Tetamu menerima dan mengalu-alukan pelawat, pelanggan, tetamu atau pesakit, dan melayani pertanyaan dan permintaan termasuk mengatur janji temu, serta menyediakan maklumat berhubung dengan perkhidmatan hotel atau organisasi yang seumpamanya.
Nama Alternatif
Tugasan
menyusun dan menyemak akaun tetamu bagi sebarang perubahan dengan menggunakan sistem berkomputer atau manual
menerima dan memanjangkan pesanan secara bersemuka atau menggunakan telefon atau papan suis telefon
mendaftarkan tetamu yang tiba, menentukan bilik, mengesahkan kredit pelanggan, dan memberi kunci bilik
menyediakan maklumat tentang kemudahan yang disediakan dan membuat tempahan bilik
menyelenggara inventori bilik yang ada untuk diduduki, menyelenggara tempahan, dan pengagihan bilik
menjalankan tugas yang berkaitan
menyemak penyata caj kepada tetamu yang mendaftar keluar dan menerima bayaran
melayani permintaan tetamu yang memerlukan perkhidmatan pengemasan dan penyelenggaraan serta melayani aduan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
membekalkan risalah maklumat, brosur, atau borang
membuat janji temu untuk pelanggan atau pesakit
menerima dan mengalu-alukan pelawat, tetamu, pelanggan atau pesakit
melayani permintaan maklumat atau janji temu yang dibuat melalui telefon
Kursus Yang Berkaitan
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
Bandingkan
(/2)