Carian Terkini
Kod MASCO
4416-01
Bandingkan
Kerani Pekerjaan
Kerani Pekerjaan menyelenggara dan mengemas kini rekod personel seperti maklumat perpindahan dan kenaikan pangkat, penilaian prestasi, cuti kakitangan yang diambil dan dikumpulkan, gaji, kelayakan, dan latihan.
Nama Alternatif
Kerani Sumber Manusia
Tugasan
menerima dan menjawab pertanyaan tentang kelayakan dan syarat bagi pekerjaan
memulakan rekod bagi pekerja yang baru dilantik dan menyemak rekod untuk memastikan rekod lengkap
memproses permohonan pekerjaan dan kenaikan pangkat serta memaklumkan kepada pemohon tentang keputusan permohonan mereka
mengemas kini maklumat tentang sejarah pekerjaan, gaji, penilaian prestasi, dan latihan serta cuti yang diambil dan dikumpulkan
menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan tugas yang berkaitan
menguruskan pengiklanan jawatan, peluang pekerjaan dan peperiksaan kerja
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • 0416
    Kesetiausahaan dan pengajian pengurusan pejabat
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
Kemahiran
Asas
Khusus
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Dokumen
kemahiran menggunakan sistem pengurusan dokumen (DMS) untuk mengesan, mengurus dan menyimpan dokumen dan mengurangkan kertas.
Penyimpanan Rekod
kemahiran menyimpan rekod atau unit maklumat terpelihara dalam beberapa bentuk kekal seperti dokumen bertulis, gambar, rakaman dan lain-lain
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan