Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
1221-11
Pengurus Runcit
Pengurus Runcit bertanggungjawab bagi keseluruhan aktiviti penyeliaan harian kedai runcit, pengurusan jualan, kakitangan, pasaran saham dan pengurusan sumber. Mereka merancang, mengarahkan dan menyelaraskan aktiviti perkhidmatan perniagaan syarikat atau organisasi yang berkenaan.
1221-19
Pengurus Pemasaran dan Pengoptimuman Enjin Carian (SEO)
Pengurus Pemasaran dan Pengoptimuman Enjin Carian (SEO) merancang, melaksana dan menguruskan strategi pemasaran / SEO keseluruhan syarikat
1222-01
Pengurus Pengiklanan
Pengurus Pengiklanan merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam bagi perusahaan atau organisasi berkenaan. Mereka merundingkan kontrak pengiklanan dengan pegawai akhbar, stesen radio dan televisyen, pertubuhan sukan dan kebudayaan, dan agensi pengiklanan.
1222-02
Pengurus Hal Ehwal Am
Pengurus Hal Ehwal Am merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam bagi perusahaan atau organisasi berkenaan. Mereka mengatur dan menyediakan sumber yang diperlukan untuk melancarkan kempen pengiklanan dan operasi di agensi pengiklanan. Mereka menyediakan dan menyelaraskan saluran komunikasi, berunding kontrak, dan memastikan operasi mematuhi belanjawan.
1222-05
Pengurus Pameran
Pengurus Pameran merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti pameran produk dan perhubungan awam.
1222-06
Pengurus Khidmat Pelanggan
Pengurus Khidmat Pelanggan memastikan pelanggan syarikat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Mereka membangunkan prosedur, polisi, dan standard perkhidmatan pelanggan yang berkesan.
1222-13
Pengurus Media Sosial
Pengurus Media Sosial membangunkan media sosial yang kreatif dan menarik. Mereka menguruskan pengendalian harian dari semua saluran media sosial.
1222-14
Pengurus Pelancongan
Pengurus Pelancongan bertanggungjawab untuk menganjurkan, merancang dan menjalankan ekspedisi jarak jauh bagi perjalanan dan lawatan untuk kumpulan atau individu. Mereka memastikan perjalanan berjalan lancar dari tempat ke tempat tanpa sebarang isu.
1222-15
Pengurus Majlis
Pengurus Majlis merancang dan mengatur promosi, perniagaan dan majlis sosial. Mereka menjalankan pelbagai majlis dan memastikan khalayak mengambil bahagian.
1222-16
Pengurus Tinjauan Soal Selidik
Pengurus Tinjauan menggunakan sebilangan besar peserta untuk mendapatkan pendapat, mengumpulkan data, atau melakukan pengukuran
1223-01
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan, sama ada secara dalaman atau yang ditugaskan daripada organisasi penyelidikan luar, untuk membangunkan atau meningkatkan kaedah proses teknikal, produk, pengetahuan, atau penggunaan bahan-bahan.
1223-04
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Pengilangan Makanan Halal
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Pengilangan Makanan Halal bertanggungjawab untuk penyelidikan dan pembangunan produk makanan atau pemprosesan Halal untuk memenuhi inisiatif perniagaan yang tertumpu pada pertumbuhan, peningkatan kos dan kualiti.
1223-05
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Industri Halal
Pengurus Penyelidikan dan Pembangunan, Industri Halal merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan Halal organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan pembangunan kepada perusahaan dan organisasi lain.
1311-01
Pengurus Taman/Ladang Gred G41
Pengurus Taman/Ladang Gred G41 bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan taman seperti pendidikan, pembangunan, penguatkuasaan, eko-pelancongan, penyelenggaraan dan sebagainya. bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan pertanian, hortikultur dan perhutanan dalam skala besar untuk menanam dan menuai tanaman, dan menternak dan membiak baka ternakan.
1311-02
Pengurus Perhutanan
Pengurus Perhutanan bertanggungjawab mengurus hutan dan mengawasi kegiatan seperti pengeluaran kayu, pemuliharaan dan rekreasi. Mereka menyelenggara dan mengurus pelbagai isu yang berkaitan dengan kawasan hutan, seperti kepentingan komersial, biodiversiti dan akses awam.
1311-03
Pengurus Ladang
Pengurus Ladang mengurus, memantau dalam membuat keputusan serta merancang operasi harian, sumber dan pengurusan perniagaan ladang.
1311-04
Pengurus Hortikultur
Pengurus Hortikultur merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan lanskap atau mengubah keadaan persekitaran rumah hijau. 
1311-06
Pengurus Pertanian
Pengurus Pertanian mengarah dan menyelaras pengeluaran dalam operasi pertanian berskala besar seperti perladangan dan koperasi pertanian untuk menanam dan menuai tanaman.
1311-08
Pengurus Penternakan
Pengurus Penternakan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi pengeluaran berkaitan penternakan serta menganalisis data statistik, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan memberi cadangan penambahbaikan sistem, prosedur, atau program penternakan.
1311-11
Pengurus Veterinar
Pengurus Veterinar merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras program kesihatan haiwan, projek pengeluaran haiwan, mengurus tempat penyembelihan & pemprosesan serta memberi khidmat nasihat. Mereka memberi rawatan terbaik kepada haiwan yang dirawat / dikendalikan oleh klinik / hospital.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan