Carian Terkini
Kod MASCO
1222-06
Bandingkan
Pengurus Khidmat Pelanggan
Pengurus Khidmat Pelanggan memastikan pelanggan syarikat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Mereka membangunkan prosedur, polisi, dan standard perkhidmatan pelanggan yang berkesan.
Nama Alternatif
Ketua Pasukan Pelanggan
Pengurus Perhubungan Pelanggan
Pengurus Pusat Perhubungan
Pengurus Pusat Panggilan
Pengurus Operasi Pusat Panggilan
Pengurus Ketua Pusat Panggilan
Tugasan
Menyimpan rekod yang tepat dan mendokumentasikan semua aktiviti dan perbincangan perkhidmatan pelanggan
Mengikuti maklumat mengenai teknik dan kaedah industri terkini
Menilai statistik perkhidmatan dan menyediakan laporan terperinci
Merancang dan menguruskan program penerangan kepada pegawai undang-undang, media massa, dan orang awam tentang rancangan, pencapaian dan pandangan perusahaan, atau organisasi berkenaan
Merundingkan kontrak pengiklanan dengan pegawai akhbar, stesen radio dan televisyen, pertubuhan sukan dan kebudayaan, dan agensi pengiklanan
Menjawab masalah perkhidmatan pelanggan tepat pada masanya
Menyelia operasi harian di bahagian perkhidmatan pelanggan
  • K
    Aktiviti Kewangan Dan Insurans/Takaful
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • C
    Pembuatan
  • M731-001-5:2021
    Pengurusan Pemasaran Digital
  • FB-018-5:2012
    Pengurusan Jualan & Pemasaran
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • M702-001-5:2019
    Pengurusan Pengalaman Pelanggan
  • 0323
    Media dan Komunikasi
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Celik Internet
kemampuan untuk mengakses, menganalisis, menilai dan membuat kandungan dalam talian.
Pengiklanan Dalam Talian
kemahiran menguruskan media sosial.
Pengiklanan Digital
kemahiran dalam bidang pemasaran dan periklanan yang menggunakan Internet untuk menghebahkan promosi kepada pengguna.
Pengurusan Belanjawan
kemahiran mengurus dan menjejaki pendapatan dan perbelanjaan.
Pengurusan Jualan
kemahiran menggunakan teknik penjualan praktikal dan pengurusan operasi jualan firma.
Pengurusan perniagaan
kemahiran menguruskan penyelarasan dan aktiviti organisasi perniagaan.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan