Pengenalan
Pengenalan MASCO
Pengguna MASCO
Struktur Pengelasan
Dasar Gaji Progresif
Indeks
Direktori
Penerbitan
Statistik
Pengelasan Jawatan MASCO
Statistik Pekerjaan
Carta Bilangan Pekerjaan
Agensi
BM
EN
Pengenalan
Pengenalan MASCO
Pengguna MASCO
Struktur Pengelasan
Dasar Gaji Progresif
Indeks
Direktori
Penerbitan
Statistik
Pengelasan Jawatan MASCO
Statistik Pekerjaan
Carta Bilangan Pekerjaan
Agensi
BM
EN
Direktori — KNOWLEDGE
Loading…
Tiada hasil
Carian Terkini
Padam
+
Dipilih
Padam
Mohon
Semua
Loading…
Dipilih
Mohon
Apply
Semua
Loading…
×
Reset semua
Kod
Tajuk
1213-03
Pengurus Perancangan Korporat
Pengurus Perancangan Korporat mengarah dan mengurus pembangunan perancangan perniagaan syarikat serta membantu dalam memantau kemajuan perancangan untuk memastikan strategi perniagaan dan strategi syarikat yang berkembang maju mengikut garis panduan dan peraturan belanjawan syarikat. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, menyelaras dan memberi nasihat berkaitan dasar dan perancangan strategik dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan agensi swasta atau menguruskan aktiviti-aktiviti perusahaan yang menyediakan perkhidmatan dasar dan perancangan strategik.
1213-07
Pengurus Program
Pengurus Program menyelaras dan menyelia projek yang bergerak serentak. Mereka memastikan kebolehkerjaan dan keserasian projek secara keseluruhan, setiap memastikan projek di bawah pengurusan adalah menguntungkan dan memberi memanfaat.
1214-01
Ketua Pegawai Pematuhan
Ketua Pegawai Pematuhan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-07
Pengurus Pembangunan Perniagaan
Pengurus Pembangunan Perniagaan merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-08
Pengurus Pematuhan
Pengurus Pematuhan bertanggungjawab memelihara etika syarikat melalui penguatkuasaan dasar dan perancangan program serta memastikan semua jabatan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh syarikat. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-09
Pengurus Fesyen dan Pakaian
Pengurus Fesyen dan Pakaian merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti perkhidmatan perniagaan perusahaan atau organisasi berkenaan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-10
Pengurus Pematuhan Halal
Pengurus Pematuhan Halal bertanggungjawab memastikan piawaian halal dan sistem jaminan halal berjalan dengan baik di dalam operasi syarikat secara keseluruhan termasuk melaksanakan dasar pematuhan halal syarikat merangkumi bahan dan proses yang digunapakai.
1214-11
Pengurus Rantaian Bekalan
Pengurus Rantaian Bekalan merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-12
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Produk
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Produk merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-13
Pengurus Kemampanan
Pengurus Kemampanan bertanggungjawab untuk memastikan kemampanan proses perniagaan. Mereka menyediakan bantuan dalam reka bentuk dan pelaksanaan rancangan dan langkah untuk memastikan proses pembuatan dan produk mematuhi peraturan alam sekitar dan piawaian tanggungjawab sosial yang diberikan dan mereka memantau dan melaporkan pelaksanaan strategi kemampanan dalam rantaian bekalan syarikat dan proses perniagaan. Mereka menganalisis isu yang dikaitkan dengan proses pembuatan, penggunaan bahan, pengurangan sisa, kecekapan tenaga dan kebolehkesanan produk untuk meningkatkan kesan alam sekitar dan sosial serta menyepadukan aspek kemampanan ke dalam budaya syarikat. <br>
1214-14
Pengurus Projek
Pengurus Projek melaksanakan aktiviti merancang, mengatur, mengamankan, memantau dan mengurus sumber dan kerja yang diperlukan untuk menyampaikan matlamat dan objektif projek tertentu dengan cara yang berkesan dan cekap.
1214-16
Pengurus Teknologi
Pengurus Teknologi merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran bagi perusahaan atau organisasi.
1214-17
Ketua Pegawai Perniagaan
Ketua Pegawai Perniagaan menguruskan perkhidmatan pelanggan, pembangunan produk, jualan, pemasaran dan sumber manusia. Ketua pegawai kewangan (CBO) dan CEO sering bekerjasama rapat sebagai inisiatif untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan.
1215-01
Pengurus Pentadbiran
Pengurus Pentadbiran merancang, menganjurkan, dan melaksanakan sistem pentadbiran serta menyokong operasi dengan menyelia kakitangan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, mengarahkan, membangunkan, mengkaji semula dan memperbaiki sistem pentadbiran, dasar dan prosedur perusahaan atau organisasi.
1215-04
Pengurus Prasarana
Pengurus Prasarana melaksanakan perancangan strategik serta perancangan operasi rutin berkaitan pentadbiran dan penyelenggaraan bangunan. Mereka mengawal dan mengurus prosedur kesihatan dan keselamatan, menyelia kerja kontraktor, merancang dan mengendalikan operasi penyelenggaraan bangunan, isu keselamatan dan keselamatan kebakaran, menyelia aktiviti pembersihan bangunan, infrastruktur utiliti dan bertanggungjawab ke atas pengurusan ruang.
1215-06
Ketua Komunikasi Korporat
Ketua Komunikasi Korporat bertindak sebagai jurucakap syarikat, menjawab soalan daripada media dengan segera dan mengeluarkan dan mengedarkan kenyataan akhbar mengikut keperluan. Memupuk dan mengekalkan hubungan kerja yang positif dengan pihak media.
1215-08
Ketua Pentadbir Perniagaan
Ketua Pentadbir Perniagaan merancang, mengurus, mengarahkan, membangunkan, mengkaji semula dan memperbaiki sistem pentadbiran, dasar dan prosedur perusahaan atau organisasi.
1215-09
Pengurus Pejabat Maya
Pengurus Pejabat Maya menyediakan perkhidmatan pentadbiran kepada pelanggan dari lokasi yang jauh termasuk menyusun jadual, membuat panggilan telefon, mengatur perjalanan, dan menguruskan akaun e-mel
1216-01
Pengurus Kawalan Kualiti
Pengurus Kawalan Kualiti Mengekalkan kualiti pengeluaran yang konsisten dengan membangunkan dan menguatkuasakan sistem amalan piawaian yang ditetapkan. Bertanggungjawab untuk merancang, mengarah dan bertanggungjawab untuk pembangunan, pelaksanaan dan penyelenggaraan keseluruhan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) organisasi.
1216-03
Pengurus Jaminan Kualiti, Pengilangan Makanan Halal
Pengurus Jaminan Kualiti, Pengilangan Makanan Halal bertanggungjawab dalam membantu pengurus dalam semua proses berkaitan dengan kualiti pengeluaran makanan Halal, dan melakukan audit dan latihan halal.
pagination.previous
pagination.next
Showing
21
to
40
of
1573
results
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
...
78
79
← Kembali
Kesuma
Hai, saya KESUMA, akan membantu anda dengan Klasifikasi Standard Pekerjaan Malaysia (MASCO). Bagaimana saya boleh membantu?"
➤
Bandingkan (
/2)
Padam
Lihat Perbandingan