Direktori — KNOWLEDGE
Carian Terkini
Kod Tajuk
3111-34
Penolong Pegawai Geosains Gred C29
Penolong Pegawai Geosains Gred C29 menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kimia, fizik, geologi, geofizik, meteorologi dan astronomi, dan dalam pembangunan perindustrian, perubatan, ketenteraan dan lain-lain aplikasi praktikal hasil penyelidikan.
3111-36
Penolong Pegawai Sains Gred C29
Penolong Pegawai Sains Gred C29 membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear. Mereka merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.
3111-37
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 membantu Pegawai Penyelidik menjalankan penyelidikan secara profesional dan berkualiti, menulis laporan, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja serta memberi latihan, khidmat nasihat. 
3111-38
Juruteknik Proses Kimia
Juruteknik Proses Kimia menjalankan ujian makmal kimia dan fizikal untuk membantu saintis membuat analisis kualitatif dan kuantitatif pepejal, cecair dan bahan gas untuk penyelidikan dan pembangunan produk atau proses baharu, kawalan kualiti, penyelenggaraan piawaian alam sekitar dan kerja lain yang melibatkan eksperimen, teori atau aplikasi praktikal kimia dan sains berkaitan.
3111-39
Juruteknik Sains Forensik
Juruteknik Sains Forensik membantu siasatan jenayah dengan melakukan ujian ke atas sampel dan melaporkan penemuan mereka.
3111-40
Pembantu Ahli Kimia
Pembantu Ahli Kimia menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kimia, fizik, geologi, geofizik, meteorologi dan astronomi, dan dalam pembangunan perindustrian, perubatan, ketenteraan dan lain-lain aplikasi praktikal hasil penyelidikan.
3116-01
Juruteknik Kejuruteraan Kimia
Juruteknik Kejuruteraan Kimia melaksanakan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia,  reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.
3116-02
Juruteknik Kejuruteraan Proses Kimia
Juruteknik Kejuruteraan Proses Kimia melaksanakan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, dan dalam reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.
3116-03
Juruteknik Kejuruteraan Petroleum
Juruteknik Kejuruteraan Petroleum menemui takungan petroleum baharu, membangunkan kaedah pemulihan petroleum yang cekap kos, berkesan, mengekstrak dan mengeluarkan minyak dan gas daripada takungan bawah tanah, dan membangunkan cara baharu untuk mengekstrak minyak dan gas daripada takungan lama.
3116-04
Ahli Teknologi Minyak
Ahli Teknologi Minyak melaksanakan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan loji kimia.
3116-05
Juruteknik Kejuruteraan Kimia (Petroleum)
Juruteknik Kejuruteraan Kimia (Petroleum)  bertanggungjawab untuk pelbagai tugas yang berkaitan dengan pengekstrakan, pemprosesan, dan penjualan produk petroleum.
3116-06
Juruteknik Penapisan Petroleum
Juruteknik Penapisan Petroleum bertanggungjawab untuk mengendalikan kilang penapis petroleum serta mengekalkan kemudahan yang selamat, diyakini dan mesra alam sekitar.
3116-07
Pembantu Makmal Penapisan Petroleum
Pembantu Makmal Penapisan Petroleum melaksanakan pelbagai aktiviti ujian fizikal, rutin dan bukan rutin dengan cara yang selamat dan tepat pada masanya, bertujuan menyediakan data yang tepat untuk kawalan proses yang berkesan dan penggabungan produk siap serta pensijilan.
3116-09
Penganggar Kejuruteraan Kimia
Penganggar Kejuruteraan Kimia bertanggungjawab menganggarkan kos projek, termasuk kos untuk bahan mentah, tenaga buruh, dan peralatan sewa.
3116-10
Pembantu Kejuruteraan Kimia
Pembantu Kejuruteraan Kimia menjalankan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan kejuruteraan kimia, reka bentuk, pembuatan, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji kimia.
3116-11
Juruteknik Kejuruteraan Proses
Juruteknik Kejuruteraan Proses memberikan sokongan teknikal kepada jurutera untuk meningkatkan operasi pengeluaran. Tanggungjawab mereka termasuk melaksanakan pemasangan dan pelarasan, mereka bentuk dan melaksanakan struktur ujian, dan memahami rangka tindakan dan skematik.<br>&nbsp;
3117-01
Juruteknik Kaji Logam
Juruteknik Kaji Logam menyediakan sokongan teknikal dalam menyelidik dan melakukan eksperimen ke atas mineral, logam, aloi, minyak dan gas. Mereka juga membantu dalam meningkatkan kaedah pengekstrakan.
3117-02
Juruteknik Kaji Logam Ekstraktif
Juruteknik Kaji Logam Ekstraktif Melaksanakan tugas-tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan dan eksperimen yang berkaitan dengan metalurgi, meningkatkan kaedah mengekstrak mineral pepejal dalam reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan dan pembaikan lombong dan pemasangan lombong dan pengekstrakan logam dari bijih.
3117-03
Juruteknik Pengekstrakan Petroleum dan Gas Asli
Juruteknik Pengekstrakan Petroleum dan Gas Asli menjalankan tugas teknikal untuk membantu dalam penyelidikan dan eksperimen yang berkaitan dengan metalurgi dalam meningkatkan kaedah mengekstrak mineral pepejal, minyak dan gas serta reka bentuk, pembinaan, operasi, penyelenggaraan, dan pembaikpulihan lombong dan pemasangan lombong, sistem untuk mengangkut dan menyimpan minyak dan gas asli, dan untuk pengekstrakan logam daripada bijih.
3117-04
Pembantu Makmal Kaji Logam
Pembantu Makmal Kaji Logam melaksanakan tugas teknikal rutin termasuk mengendalikan dan menyelenggara peralatan serta menjalankan analisis dan prosedur eksperimen yang melibatkan unsur logam.
← Kembali
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan