Carian Terkini
Kod MASCO
3111-36
Bandingkan
Penolong Pegawai Sains Gred C29
STEM
Penolong Pegawai Sains Gred C29 membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear. Mereka merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.
Nama Alternatif
Tugasan
merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal
mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus
mengawas rekod pembelian peralatan saintifik
membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear
Membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0512
    Biokimia
  • 0531
    Kimia
  • 0532
    Sains Kaji Bumi
  • 0533
    Fizik
  • 0711
    Kejuruteraan Kimia dan Proses
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
  • 0713
    Elektronik dan Automasi
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analitikal
berkebolehan mengumpul dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan.
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Operasi dan Kawalan
kemahiran mengawal operasi peralatan atau sistem.
Penyelesaian Masalah
keupayaan untuk membaiki produk atau proses yang gagal pada mesin atau sistem.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan