Carian Terkini
Kod MASCO
3111-37
Bandingkan
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
STEM
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 membantu Pegawai Penyelidik menjalankan penyelidikan secara profesional dan berkualiti, menulis laporan, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja serta memberi latihan, khidmat nasihat. 
Nama Alternatif
Tugasan
Membantu melaksanakan pembangunan pakej-pakej aplikasi teknologi remote sensing, sistem maklumat geografi dan teknologi lain yang berkaitan (bagi bidang-bidang pertanian, perhutanan, pengurusan sumber asli, alam sekitar, bencana, pemetaan tematik, marin, pembangunan tanah dan infrastruktur, keselamatan dan kedaulatan negara)
Membantu melaksanakan penyelidikan asas dan pembangunan teknologi remote sensing gelombang mikro dan UAV negara
Membantu melaksanakan pemindahan teknologi, khidmat kepakaran, khidmat nasihat teknikal kepada agensi pengguna
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • CM-070-3:2014
    Operasi Makmal Kimia
  • M711-001-4:2016
    Pengawalseliaan Makmal Kimia
  • M712-005-3:2019
    Operasi Makmal
  • 0512
    Biokimia
  • 0531
    Kimia
  • 0532
    Sains Kaji Bumi
  • 0533
    Fizik
  • 0711
    Kejuruteraan Kimia dan Proses
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
  • 0713
    Elektronik dan Automasi
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analitikal
berkebolehan mengumpul dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan.
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Operasi dan Kawalan
kemahiran mengawal operasi peralatan atau sistem.
Penyelesaian Masalah
keupayaan untuk membaiki produk atau proses yang gagal pada mesin atau sistem.
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan