Carian Terkini
Kod MASCO
1212
Bandingkan
Pengurus Sumber Manusia
Pengurus Sumber Manusia merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan personel, perhubungan perusahaan, dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi perusahaan atau organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan sumber manusia kepada perusahaan dan organisasi lain.
Nama Alternatif
Tugasan
mengawasi keselamatan, kesihatan dan aktiviti yang berkaitan
menetapkan dan menguruskan bajet, mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap
menyelia pembangunan dan pelaksanaan sistem pengurusan maklumat
menetapkan dan mengarah prosedur operasi dan pentadbiran
memastikan pematuhan kepada piawaian dan perundangan yang berkaitan dengan hak-hak pekerja, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, kesamarataan peluang dan yang berkaitan
merancang, mengarah dan menyelaras dasar yang berkaitan dengan aktiviti personel dan perhubungan perusahaan bagi perusahaan atau organisasi
merancang dan mengendalikan prosedur bagi pengambilan kakitangan, latihan, kenaikan pangkat, penukaran dan pemecatan kakitangan
merancang dan mengatur rundingan dan prosedur bagi menentukan struktur dan tahap penggajian dan berunding dengan pekerja mengikut terma pekerjaan
mewakili perusahaan atau organisasi dalam urusan luar
berunding dengan pengurusan kanan dan dengan pengurus jabatan lain
menjalankan tugas yang berkaitan
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan untuk seluruh perusahaan atau organisasi
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan