Carian Terkini
Kod MASCO
1221-08
Bandingkan
Pengurus Jenama
Pengurus Jenama membangunkan produk dengan mengenal pasti produk berpotensi, menjalankan penyelidikan pasaran, menentukan keperluan produk, serta menentukan spesifikasi dan harga bagi produk baharu. Mereka membangunkan strategi pemasaran dan menentukan jadual pengeluaran produk.
Nama Alternatif
Tugasan
merancang dan mengurus program jualan dan pemasaran khas berdasarkan rekod jualan dan penilaian pasaran
Merancang, mentadbir dan mengkaji semula khidmat pelanggan dan khidmat lepas jualan dan memelihara hubungan baik dengan pelanggan
menentukan senarai harga, diskaun dan syarat penghantaran, urusan kredit, produk, kawasan jualan, peruntukan bajet untuk promosi jualan, kaedah jualan, standard perkhidmatan pelanggan, insentif khas, dan kempen khas
memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
menjalankan tugas yang berkaitan
menyediakan dan mengarah operasi harian
mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar
mengarah kaedah perdagangan dan dasar pengedaran dengan menyelaras kerja jurujual atau menguruskan pelantikan ejen dan pengedar
memantau perkhidmatan pelanggan, pengeluaran invois, pembayaran, dan kos pentadbiran
mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap
Mengenal pasti produk berpotensi, menjalankan penyelidikan pasaran dan menentukan keperluan produk
Merancang, mengarah serta menyelaras aktiviti jualan dan pemasaran perusahaan atau organisasi
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • FB-018-5:2012
    Pengurusan Jualan & Pemasaran
  • FB-019-5:2012
    Pengurusan Pengiklanan & Promosi
  • FB-025-5:2012
    Pengurusan Pentadbiran
  • 0311
    Ekonomi
  • 0411
    Perakaunan, Pengauditan dan Percukaian
  • 0412
    Kewangan, Perbankan dan Insurans
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Pembelajaran Aktif
Kemahiran mengaplikasikan pengetahuan baharu.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Prestasi Kempen
kemahiran menganalisis keberkesanan kempen menggunakan laporan dan statistik kempen
Analisis Strategik
kemahiran membangunkankan strategi untuk perniagaan dengan meneliti perniagaan dan persekitaran.
Analisis Trend Jualan
kemahiran dalam mengkaji sejarah hasil pendapatan untuk mengesan corak.
Kemahiran membuat ramalan
kemahiran membuat ramalan masa depan berdasarkan data masa lalu dan semasa dan kebiasaannya melibatkan analisis tren
Pengurusan Jualan
kemahiran menggunakan teknik penjualan praktikal dan pengurusan operasi jualan firma.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan