Carian Terkini
Kod MASCO
1311-04
Bandingkan
Pengurus Hortikultur
STEM
GREEN
Pengurus Hortikultur merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras operasi seni penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, bunga hiasan dan lanskap atau mengubah keadaan persekitaran rumah hijau. 
Nama Alternatif
Tugasan
menganalisis data statistik, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan memberi cadangan penambahbaikan sistem, prosedur, atau program.
menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan hortikultur serta yang berkaitan dengan struktur perlindung hujan (SPH)
mengurus operasi pertanian seperti memastikan bangunan, sistem bekalan air dan peralatan dalam keadaan baik.
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
menjalankan tugas yang berkaitan.
mengikat kontrak dengan petani atau pemilik bebas untuk pengeluaran tanaman.
menentukan dan menguruskan peruntukan bajet, memantau pengeluaran dan merekodkan maklumat dan menyediakan laporan kewangan dan operasi.
mengenal pasti dan mengawal persekitaran kawasan pertanian dan hutan daripada toksin, rumpai, perosak dan penyakit.
merancang jenis, intensiti dan kaedah operasi perladangan (contohnya menentukan masa terbaik untuk penanaman, semburan dan penuaian).
Mengurus keputusan analisa tanah untuk menentukan jenis dan kuantiti baja yang diperlukan untuk pengeluaran maksimum.
memantau aktiviti pasaran pertanian dan merancang pengeluaran untuk memenuhi keperluan dan permintaan pasaran.
  • A
    Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • A016-001-5:2016
    Pengurusan Teknologi Tanaman
  • A016-002-5:2017
    Pengurusan Operasi Teknologi Fertigasi
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0821
    Perhutanan
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Hortikultur
keupayaan untuk menggambarkan dan mengkonsepkan perincian dan estetika taman yang menerapkan amalan kebun terbaik untuk kesihatan dan paparan tanaman.
Pengurusan Inventori
kemahiran dalam proses pesanan, penyimpanan, penggunaan dan penjualan inventori syarikat.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Perladangan
keupayaan untuk menanam tanaman dan menternak.
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan