Carian Terkini
Kod MASCO
1311-06
Bandingkan
Pengurus Pertanian
STEM
Pengurus Pertanian mengarah dan menyelaras pengeluaran dalam operasi pertanian berskala besar seperti perladangan dan koperasi pertanian untuk menanam dan menuai tanaman.
Nama Alternatif
Pengurus Pengeluaran dan Operasi Pertanian
Tugasan
memantau aktiviti pasaran pertanian dan perhutanan, dan merancang pengeluaran untuk memenuhi keperluan dan permintaan pasaran.
berbincang dengan pembeli untuk mengatur penjualan tanaman.
menentukan dan menguruskan peruntukan bajet, memantau pengeluaran dan merekodkan maklumat seperti amalan pengurusan ladang, dan menyediakan laporan kewangan dan operasi.
menganalisis data statistik, kajian dan laporan untuk mengenal pasti dan menentukan punca masalah dan memberi cadangan penambahbaikan sistem, prosedur, atau program pertanian.
menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran dan operasi pertanian.
membeli jentera, peralatan dan bekalan seperti traktor, benih, baja dan bahan kimia.
mengenal pasti dan mengawal persekitaran kawasan pertanian dan hutan daripada toksin, rumpai, perosak dan penyakit.
mengurus operasi pertanian seperti memastikan bangunan, sistem bekalan air dan peralatan dalam keadaan baik.
menjalankan tugas yang berkaitan.
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
merancang jenis, intensiti dan kaedah operasi perladangan (contohnya menentukan masa terbaik untuk penanaman, semburan dan penuaian).
Mengurus keputusan analisa tanah untuk menentukan jenis dan kuantiti baja yang diperlukan untuk pengeluaran maksimum.
mengikat kontrak dengan petani atau pemilik bebas untuk pengeluaran tanaman dan ternakan, atau untuk pengurusan pengeluaran.
  • A
    Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • A014-002-5:2017
    Pengurusan Ladang Poltri/Unggas
  • AF-051-5:2015
    Pengurusan Ladang Padi
  • A016-001-5:2016
    Pengurusan Teknologi Tanaman
  • A014-001-5:2017
    Pengurusan Ladang Ruminan
  • Y-050-5
    Pengurus Ladang Pertanian
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Hortikultur
keupayaan untuk menggambarkan dan mengkonsepkan perincian dan estetika taman yang menerapkan amalan kebun terbaik untuk kesihatan dan paparan tanaman.
Pengurusan Inventori
kemahiran dalam proses pesanan, penyimpanan, penggunaan dan penjualan inventori syarikat.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Perladangan
keupayaan untuk menanam tanaman dan menternak.
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan