Carian Terkini
Kod MASCO
1311-11
Bandingkan
Pengurus Veterinar
STEM
Pengurus Veterinar merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras program kesihatan haiwan, projek pengeluaran haiwan, mengurus tempat penyembelihan & pemprosesan serta memberi khidmat nasihat. Mereka memberi rawatan terbaik kepada haiwan yang dirawat / dikendalikan oleh klinik / hospital.
Nama Alternatif
Tugasan
Membangun dan menilai prestasi pengeluaran haiwan
Membangun dan mengekalkan prosedur yang diperlukan untuk memenuhi keperluan peraturan veterinar
Memantau siasatan wabak penyakit
Menilai sistem biosekuriti
memastikan pematuhan dengan agensi kawal selia dan undang-undang
Menganjurkan program pemakanan dan pembiakan haiwan
Merancang dan mengatur semua aktiviti pentadbiran dan kakitangan veterinar
Memantau aktiviti kawalan penyakit
  • A
    Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • Y-010-5
    Pengurus Veterinar
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
  • 0841
    Veterinar
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Pengurusan Inventori
kemahiran dalam proses pesanan, penyimpanan, penggunaan dan penjualan inventori syarikat.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Perladangan
keupayaan untuk menanam tanaman dan menternak.
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan