Carian Terkini
Kod MASCO
1311-13
Bandingkan
Pengurus Pengeluaran Ternakan Halal
STEM
Pengurus Pengeluaran Ternakan Halal bertanggungjawab merancang dan menjalankan operasi ternakan dan ladang Halal untuk memaksimumkan produktiviti dan pengeluaran ternakan halal.
Nama Alternatif
Pengurus, Rumah Sembelihan Halal
Tugasan
Memimpin operasi pengeluaran ternakan Halal secara keseluruhan dan menetapkan prosedur Halal dan garis panduan lain
Memberi nasihat kepada Eksekutif Halal berkenaan dengan sebarang perkara yang berkaitan dengan operasi Halal
Mengenal pasti dan mengawal toksin, rumpai, perosak dan penyakit di tanah pertanian dan hutan
Menganjurkan operasi pertanian seperti menyelenggara bangunan, sistem bekalan air dan peralatan
Menyumbang kepada dasar pertanian
Memastikan semua rawatan kesihatan haiwan dijalankan mengikut panduan pengeluar, secara khusus mematuhi kadar dos yang digariskan
Memastikan kepatuhan kepada agensi Kerajaan termasuk peraturan dan undang-undang badan agama
Memastikan semua staf mematuhi kehendak Halal dan menyediakan program peningkatan berterusan untuk meningkatkan kecekapan Halal di kalangan kakitangan dan meningkatkan prestasi dalam mengendalikan operasi Halal
Mengurus, merancang, menjadualkan dan memantau tugas pekerja lain
Menjalankan tugas yang berkaitan
  • A
    Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • L
    Aktiviti Hartanah
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • C107-002-5:2017
    Pengurusan Pengeluaran Makanan
  • C101-001-5:2017
    Pengurusan Rumah Sembelih Poultri Halal
  • M749-004-5:2020
    Pengurusan Halal
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
  • 0841
    Veterinar
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Pematuhan Halal
kemahiran pengurusan halal dan ilmu syariah dalam mengurus produk dan perkhidmatan halal.
Pengurusan Inventori
kemahiran dalam proses pesanan, penyimpanan, penggunaan dan penjualan inventori syarikat.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Perladangan
keupayaan untuk menanam tanaman dan menternak.
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Sistem Integriti Halal
kemahiran menguruskan sistem yang memastikan integriti makanan halal pada peringkat pemprosesan dan memastikan pengeluaran makanan halal dan berkualiti.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan