Carian Terkini
Kod MASCO
1311-15
Bandingkan
Pengurus Penetasan
Pengurus Penetasan mengawasi semua aspek penetasan ayam dan itik. Mereka mengurus dan menyelaras aktiviti penetasan seperti pengambilan dan penghantaran telur, penjagaan, pengeraman dan penetasan, penggredan, vaksinasi, penyediaan dan penghantaran anak ayam dan itik.
Nama Alternatif
Tugasan
Merancang pelaksanaan penghantaran produk.
merancang dan mengatur operasi harian penetasan
Bertanggungjawab untuk proses pengeraman termasuk penetapan, penetasan dan kualiti unggas keseluruhan.
menjalankan tugas yang berkaitan.
Memastikan semua prosedur kesihatan, keselamatan, kualiti dan kesejahteraan haiwan Hybrid dipatuhi dengan ketat.
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menyiapkan dan melaporkan belanjawan tahunan.
Mengenal pasti kemungkinan masalah kesuburan, tahap penetasan dan laporan yang diperlukan.
Mengurus kakitangan termasuk melatih kakitangan baru.
Memastikan komitmen berterusan program HACCP.
Menangani masalah dan disiplin pekerja apabila perlu.
  • A
    Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • A014-002-5:2017
    Pengurusan Ladang Poltri/Unggas
  • Y-010-5
    Pengurus Veterinar
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0811
    Penghasilan Tanaman dan Ternakan
  • 0841
    Veterinar
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Pengurusan Inventori
kemahiran dalam proses pesanan, penyimpanan, penggunaan dan penjualan inventori syarikat.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Perladangan
keupayaan untuk menanam tanaman dan menternak.
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan