Carian Terkini
Kod MASCO
1321-10
Bandingkan
Pengurus Kimpalan
STEM
Pengurus Kimpalan merancang dan mengarahkan semua aspek aktiviti kejuruteraan mekanikal dalam organisasi dan boleh mengawasi fabrikasi, operasi, aplikasi, pemasangan atau pembaikan produk mekanikal. Mereka menetapkan proses dan prosedur yang diperlukan untuk memastikan kualiti kimpalan.
Nama Alternatif
Tugasan
Memastikan penggunaan tenaga manusia, mesin dan peralatan secara optimum
Menjalankan tugas yang berkaitan
merancang dan melaksanakan dasar dan undang-undang
menentukan, melaksana dan memantau strategi, dasar, dan perancangan pengeluaran
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti berhubung dengan pengeluaran barangan
Mengenal pasti peluang perniagaan dan menentukan produk yang akan dikeluarkan
Menyelia penggunaan keselamatan kerja dan prosedur yang berkaitan
memastikan sumber digunakan dengan cekap dan kuota pengeluaran dipenuhi
Bekerjasama rapat dengan Pengarah Pengeluaran untuk mengekalkan kualiti kimpalan dan mengenal pasti peningkatan dalam proses pengelasan
Menetapkan proses dan prosedur yang diperlukan untuk memastikan kualiti kimpalan
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • MC-024-5:2012
    Pengurusan Teknologi Kimpalan
  • MC-041-5:2012
    Jaminan Kualiti Industri
  • FB-023-5:2012
    Pengurusan Industri
  • MC-091-5:2016
    Pembangunan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0714
    Mekanik dan Tred Logam
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Menyelarasan
kemahiran menyelaraskan tindakan berhubung dengan tindakan orang lain.
Pengurusan Masa
kemahiran menggunakan masa dengan berkesan sebelum tarikh akhir.
Khusus
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Pengeluaran dan Pemprosesan
kemahiran mengurus bahan mentah, proses pengeluaran, kawalan kualiti, kos, dan proses lain untuk memaksimumkan pengeluaran.
Pengurusan krisis
kemahiran menangani kejadian yang mengganggu dan tidak dijangka yang mengancam untuk merosakkan organisasi, pihak berkepentingannya atau masyarakat umum.
Pengurusan Sisa Berbahaya
kemahiran mengurangkan jumlah bahan berbahaya yang dihasilkan dan merawat sisa berbahaya untuk mengurangkan ketoksikannya,
Peruntukan
kemahiran merancang dan memperuntukkan sumber kewangan perniagaan atau jabatan untuk tempoh perniagaan seterusnya.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan