Carian Terkini
Kod MASCO
1411-09
Bandingkan
Pengurus Kaunter Depan
Pengurus Kaunter Depan menyambut dan mengalu-alukan tetamu, menjawab soalan dan aduan mereka, menguruskan tempahan dan jadual temu janji, dan memastikan kawasan penerimaan tetamu diselenggara secara profesional.
Nama Alternatif
Tugasan
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Memastikan keselamatan yang cekap
Melaksanakan pemeriksaan harta dan perkhidmatan
Memastikan pematuhan undang-undang pelesenan, kesihatan dan keselamatan, dan peraturan berkanun lain
Mengurus aduan dan soalan tetamu dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa
Memastikan meja penyambut tetamu dan kawasan penerimaan tetamu sentiasa bersih dan teratur
Berurusan dengan kontraktor dan pembekal
Mengambil dan melatih kakitangan dan menguruskan jadual syif
Menentukan dan melaksanakan objektif dan prosedur kaunter penerimaan tetamu
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • I551-002-5:2018
    Pengurusan Kaunter Hadapan
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0415
    Pemasaran dan Pengiklanan
  • 1011
    Perkhidmatan Domestik
  • 1013
    Hotel, Restoran dan Katering
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Landskap
kemahiran mengubah ciri-ciri kawasan tanah yang dapat dilihat dengan tujuan mewujudkan persekitaran yang indah.
Pajakan
kemahiran menguruskan kontrak antara pemilik aset tertentu dan pihak kedua kerana penggunaan aset tersebut untuk jangka masa tertentu dan syarat yang ditentukan.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan