Carian Terkini
Kod MASCO
1411-14
Bandingkan
Pengurus Pengendalian Makanan
Pengurus Pengendalian Makanan merancang, mengatur, mengarah, mengawal dan menyelaras operasi hotel, motel dan pertubuhan seumpamanya untuk menyediakan penginapan dan perkhidmatan lain termasuk operasi makanan dan minuman serta pengemasan.
Nama Alternatif
Tugasan
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Menjalankan tugas yang berkaitan
Memastikan pematuhan undang-undang pelesenan, kesihatan dan keselamatan, dan peraturan berkanun lain
Memastikan keselamatan yang cekap
Melaksanakan pemeriksaan harta dan perkhidmatan
Menguruskan belanjawan dan mengawal perbelanjaan
Berurusan dengan kontraktor dan pembekal
Menyimpan rekod statistik dan kewangan
Mempromosikan dan memasarkan perniagaan
Merancang dan mengatur penginapan, katering, pengemasan dan perkhidmatan hotel lain
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • HT-012-5:2011
    Perkhidmatan Penyediaan dan Pembuatan Makanan
  • HT-010-5:2012
    Pengurusan Makanan & Minuman
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 1013
    Hotel, Restoran dan Katering
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Orientasi Perkhidmatan
kebolehan mencari kaedah untuk menolong orang.
Pengurusan Sumber Manusia
keupayaan untuk memotivasikan, membangunkan dan memimpin orang di tempat kerja dan mencari orang yang terbaik untuk sesebuah pekerjaan.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Landskap
kemahiran mengubah ciri-ciri kawasan tanah yang dapat dilihat dengan tujuan mewujudkan persekitaran yang indah.
Pajakan
kemahiran menguruskan kontrak antara pemilik aset tertentu dan pihak kedua kerana penggunaan aset tersebut untuk jangka masa tertentu dan syarat yang ditentukan.
Pengurusan Pentadbiran
kemahiran membangunkan sistem maklumat dan menyelia alirannya daripada dan kepada orang lain dalam sesebuah organisasi.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan