Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511-06
Bandingkan
Pengurus Sistem Maklumat
STEM
Pengurus Sistem Maklumat bertanggungjawab untuk operasi selamat dan berkesan semua sistem komputer, aplikasi berkaitan, perkakasan dan perisian yang digunakan dalam pelbagai organisasi sektor awam dan swasta.
Nama Alternatif
Tugasan
menilai penggunaan dan keperluan teknologi organisasi dan mencadangkan penambahbaikan seperti menaik taraf perkakasan dan perisian komputer
mengawal peruntukan bajet dan perbelanjaan jabatan atau organisasi
menguruskan projek pembangunan teknologi maklumat untuk memastikan projek tersebut siap mengikut jadual, dalam lingkungan bajet, dan mencapai tahap kualiti yang menepati objektif
melaksanakan teknologi, mengarahkan kerja sistem dan juruanalisis perniagaan, pembangun, pakar sokongan dan pekerja lain yang berkaitan dengan komputer
Mengarah perumusan strategi, dasar, dan rancangan teknologi maklumat
mengawal sistem keselamatan teknologi maklumat
menjamin kelancaran semua sistem IT, termasuk perisian anti-virus, perkhidmatan cetakan dan penyediaan e-mel
mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar
menjalankan tugas yang berkaitan
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan
mengarah operasi teknologi maklumat, integrasi perkakasan komputer, mengendalikan sistem komunikasi, mengaplikasi perisian, dan memproses data
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-081-5:2012
    Pengurusan Sistem Maklumat
  • IT-030-5:2013
    Pengurusan Rangkaian Komputer
  • IT-020-5:2013
    Pengurusan Sistem Komputer
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
  • 0612
    Kejuruteraan Perisian
  • 0613
    Sains Komputer
  • 0614
    Penggunaan Komputer
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Celik ICT
kebolehan untuk mencari, menganalisis, menilai, mengatur, membuat, menggunakan, mengurus dan menyampaikan maklumat untuk menyelesaikan masalah berkaitan ICT.
Forensik Komputer
kemahiran dalam aktiviti penyiasatan atau transaksi yang menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan yang dibuat melalui komputer atau media digital yang lain.
Keselamatan rangkaian
kemahiran melindungi infrastruktur rangkaian asas daripada akses, penyalahgunaan atau kecurian yang tidak dibenarkan.
Pembelajaran Mesin
kemahiran dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang menyediakan sistem keupayaan untuk belajar secara automatik.
Penilaian Keselamatan Siber
kemahiran mengenal pasti tahap risiko keselamatan siber dan menentukan kematangan program keselamatan siber mereka.
Pentadbiran Pangkalan Data
kemahiran dalam mengurus dan menyelenggara perisian sistem pengurusan pangkalan data (DBMS).
Perlindungan Pengurusan Data
kemahiran pengurusan dan pemantauan perkhidmatan sandaran serta perlindungan data rangkaian komputer atau persekitaran IT.
Reka Bentuk dan Migrasi Data
kemahiran mereka bentuk model pangkalan data dan memindahkan data dari pangkalan data sumber ke pangkalan data yang disasarkan.
Ujian Penembusan
kemahiran dalam simulasi serangan siber terhadap sistem komputer untuk memeriksa kelemahan yang boleh dieksploitasi.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan