Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511-08
Bandingkan
Pengurus Pusat Komuniti Desa (Teknologi Maklumat)
STEM
Pengurus Pusat Komuniti Desa (Teknologi Maklumat) bertanggungjawab menguruskan dan menyelaraskan aktiviti dan operasi teknologi maklumat dan komunikasi medan info desa.
Nama Alternatif
Tugasan
mengarah operasi teknologi maklumat, integrasi perkakasan komputer, mengendalikan sistem komunikasi, mengaplikasi perisian, dan memproses data
menetapkan keutamaan antara pembangunan, penyelenggaraan, dan operasi sistem
melaksanakan tugas yang berkaitan
Memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar
mengurus, merancang, menjadualkan dan memantau tugas pekerja lain
Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan desa serta kaedahnya
Menyedia dan menyelaras pangkalan data maklumat desa
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Menjalankan tugas yang berkaitan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-081-5:2012
    Pengurusan Sistem Maklumat
  • IT-030-5:2013
    Pengurusan Rangkaian Komputer
  • IT-020-5:2013
    Pengurusan Sistem Komputer
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
  • 0614
    Penggunaan Komputer
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Celik ICT
kebolehan untuk mencari, menganalisis, menilai, mengatur, membuat, menggunakan, mengurus dan menyampaikan maklumat untuk menyelesaikan masalah berkaitan ICT.
Celik Internet
kemampuan untuk mengakses, menganalisis, menilai dan membuat kandungan dalam talian.
Pembelajaran Mesin
kemahiran dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang menyediakan sistem keupayaan untuk belajar secara automatik.
Penilaian Keselamatan Siber
kemahiran mengenal pasti tahap risiko keselamatan siber dan menentukan kematangan program keselamatan siber mereka.
Penilaian risiko
kemahiran menentukan risiko kuantitatif atau kualitatif yang berkaitan dengan situasi yang ditentukan dan ancaman yang telah dikenalpasti.
Pentadbiran Pangkalan Data
kemahiran dalam mengurus dan menyelenggara perisian sistem pengurusan pangkalan data (DBMS).
Reka Bentuk dan Migrasi Data
kemahiran mereka bentuk model pangkalan data dan memindahkan data dari pangkalan data sumber ke pangkalan data yang disasarkan.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan