Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511-13
Bandingkan
Pengurus Operasi Data
STEM
Pengurus Operasi Data mengurus dan mengoptimumkan proses untuk pengambilan data, pengesahan, perlombongan dan kejuruteraan serta pemodelan, visualisasi dan komunikasi
Nama Alternatif
Tugasan
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar
menguruskan projek pembangunan teknologi maklumat untuk memastikan ia disiapkan mengikut jadual, mengikut bajet dan memenuhi tahap kualiti untuk mencapai objektif
menilai penggunaan dan keperluan teknologi organisasi dan mengesyorkan penambahbaikan seperti peningkatan perkakasan dan perisian
berunding bersama pengguna, pihak pengurusan vendor, dan juruteknik
Mengetuai dan membuat laporan langsung tentang kaedah yang sesuai dan terkini yang berkaitan dengan proses pengurusan data boleh skala
mengawal keselamatan sistem teknologi maklumat
menetapkan keutamaan antara pembangunan, penyelenggaraan, dan operasi sistem.
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
mengarah operasi teknologi maklumat, integrasi perkakasan komputer, mengendalikan sistem komunikasi, mengaplikasi perisian, dan memproses data
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • FB-081-5:2012
    Pengurusan Sistem Maklumat
  • IT-030-5:2013
    Pengurusan Rangkaian Komputer
  • IT-020-5:2013
    Pengurusan Sistem Komputer
  • IT-121-5:2011
    Pengaturcaraan Database
  • 0414
    Pengurusan Dan Pentadbiran
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
  • 0612
    Kejuruteraan Perisian
  • 0613
    Sains Komputer
  • 0614
    Penggunaan Komputer
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis Data
kemahiran memeriksa, membersihkan, mengubah dan memodelkan data untuk mendapatkan maklumat yang berguna, membuat kesimpulan dan menyokong pembuatan keputusan.
Celik ICT
kebolehan untuk mencari, menganalisis, menilai, mengatur, membuat, menggunakan, mengurus dan menyampaikan maklumat untuk menyelesaikan masalah berkaitan ICT.
Pembelajaran Mesin
kemahiran dalam aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang menyediakan sistem keupayaan untuk belajar secara automatik.
Penilaian Keselamatan Siber
kemahiran mengenal pasti tahap risiko keselamatan siber dan menentukan kematangan program keselamatan siber mereka.
Pentadbiran Pangkalan Data
kemahiran dalam mengurus dan menyelenggara perisian sistem pengurusan pangkalan data (DBMS).
Perlindungan Pengurusan Data
kemahiran pengurusan dan pemantauan perkhidmatan sandaran serta perlindungan data rangkaian komputer atau persekitaran IT.
Reka Bentuk dan Migrasi Data
kemahiran mereka bentuk model pangkalan data dan memindahkan data dari pangkalan data sumber ke pangkalan data yang disasarkan.
Tadbir Urus Data
kemahiran mengurus ketersediaan, kegunaan, integriti dan keamanan data dalam sistem berdasarkan piawaian.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan