Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511-47
Bandingkan
Pengurus Data
GIG
Pengurus Data mereka bentuk, membangun dan mengubah suai infrastruktur data untuk mempercepatkan proses analisis dan pelaporan data.
Nama Alternatif
Tugasan
Menyemak pembentangan, manuskrip, graf dan jadual untuk memastikan ketepatan dan kualiti
Membangunkan standard operasi semasa mengendalikan dan mengarkib data
Mengekalkan pelan pengurusan data dan arahan untuk mengendalikan sistem perniagaan yang kompleks
Menjalankan tugas yang berkaitan
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar
Memastikan keselamatan data dan maklumat dengan menyepadukan dan menyelaraskan sistem keselamatan digital
Menilai prestasi sistem dan membuat pengesyoran untuk penambahbaikan perkakasan, perisian dan storan data
Mengawasi penyepaduan teknologi dan inisiatif baharu ke dalam standard dan struktur data
Menilai reka bentuk, pemilihan dan pelaksanaan perubahan pangkalan data dengan membandingkannya dengan keperluan perniagaan dan dokumen reka bentuk
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • J
    Maklumat Dan Komunikasi
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • FB-081-5:2012
    Pengurusan Sistem Maklumat
  • IT-020-5:2013
    Pengurusan Sistem Komputer
  • IT-121-5:2011
    Pengaturcaraan Database
  • 0611
    Teknologi Maklumat dan Sistem Maklumat
  • 0612
    Kejuruteraan Perisian
  • 0613
    Sains Komputer
Kemahiran
Asas
Asas Pengkomputeran
kemahiran menggunakan komputer bagi mendapatkan semula, mengakses, menyimpan, menghasilkan, membentangkan dan bertukar maklumat.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Memantau
Kemahiran memantau / menilai prestasi diri, individu lain, atau organisasi untuk membuat penambahbaikan atau mengambil tindakan pembetulan.
Membuat Keputusan
kemahiran dalam memilih antara dua atau lebih alternatif.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Celik ICT
kebolehan untuk mencari, menganalisis, menilai, mengatur, membuat, menggunakan, mengurus dan menyampaikan maklumat untuk menyelesaikan masalah berkaitan ICT.
Celik Internet
kemampuan untuk mengakses, menganalisis, menilai dan membuat kandungan dalam talian.
Pentadbiran Pangkalan Data
kemahiran dalam mengurus dan menyelenggara perisian sistem pengurusan pangkalan data (DBMS).
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan