Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1511
Bandingkan
Pengurus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Pengurus Teknologi Maklumat dan Komunikasi mengurus, merancang, mengarah, memantau dan menyelaras pemerolehan, pembangunan, penyelenggaraan, dan penggunaan komputer dan sistem telekomunikasi.
Nama Alternatif
Tugasan
menilai penggunaan dan keperluan teknologi organisasi dan mencadangkan penambahbaikan seperti menaik taraf perkakasan dan perisian komputer
mengawal peruntukan bajet dan perbelanjaan jabatan atau organisasi
menguruskan projek pembangunan teknologi maklumat untuk memastikan projek tersebut siap mengikut jadual, dalam lingkungan bajet, dan mencapai tahap kualiti yang menepati objektif
berunding bersama pengguna, pihak pengurusan, vendor, dan juruteknik
mengarah perumusan strategi, dasar, dan rancangan teknologi maklumat
menetapkan keutamaan antara pembangunan, penyelenggaraan, dan operasi sistem
mengawal sistem keselamatan teknologi maklumat
memantau pemilihan, latihan, dan prestasi kakitangan
menjalankan tugas yang berkaitan
mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan agensi luar
mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
mengarah operasi teknologi maklumat, integrasi perkakasan komputer, mengendalikan sistem komunikasi, mengaplikasi perisian, dan memproses data
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan