Carian Terkini
Kod MASCO
2131-03
Bandingkan
Ahli Mikrobiologi
STEM
Ahli Mikrobiologi mengkaji dan menyelidik bentuk kehidupan, ciri, dan proses organisma mikroskopik. Mereka mengkaji mikroorganisma seperti bakteria, protozoa, kulat, dsb. untuk mendiagnosis dan mengatasi kesan yang mungkin dimiliki oleh mikroorganisma ini dalam haiwan, dalam alam sekitar, dalam industri makanan, atau dalam industri penjagaan kesihatan.
Nama Alternatif
Ahli Virologi
Ahli Histologi
Ahli Histologi, Tumbuhan
Ahli Parasitologi
Ahli Bakteriologi
Ahli Bakteriologi, Tanih
Ahli Bakteriologi, Molekul
Ahli Bakteriologi, Pertanian
Ahli Bakteriologi, Tenusu
Ahli Bakteriologi, Farmaseutikal
Ahli Bakteriologi, Makanan
Ahli Bakteriologi, Veterinar
Ahli Bakteriologi,Perindustrian
Ahli Bakteriologi, Perubatan
Ahli Bakteriologi Perikanan
Tugasan
Membangunkan dan merancang kaedah untuk mencegah penyebaran penyakit
Memantau dan menilai sampel dari pelbagai sumber
Merancang, melaksana dan menilai produk baru dalam ujian klinikal
Mengumpul sampel dari pelbagai jenis persekitaran, seperti tapak pertanian
Membangunkan dan mendaftarkan ubat-ubatan baru, vaksin, ujian diagnostik dan produk farmaseutikal
Membangunkan produk seperti enzim, vitamin, hormon dan antimikrob.
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • I
    Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • M712-001-5:2016
    Pengurusan Makmal Biologi Molekular
  • 0511
    Biologi
  • 0521
    Sains Alam Sekitar
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis Data
kemahiran memeriksa, membersihkan, mengubah dan memodelkan data untuk mendapatkan maklumat yang berguna, membuat kesimpulan dan menyokong pembuatan keputusan.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Parasitologi
kecekapan dalam biokimia, biologi molekul, genetik, ekologi dan epidemiologi parasit eukariotik
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan