Carian Terkini
Kod MASCO
2133-04
Bandingkan
Ahli Sains Pertanian
STEM
GREEN
Ahli Sains Pertanian menyelidik dan mengkaji tanah, haiwan dan tumbuhan dengan tujuan untuk menambah baik proses pertanian, kualiti produk pertanian atau kesan proses pertanian terhadap alam sekitar. Mereka merancang dan melaksanakan projek seperti projek pembangunan bagi pihak pelanggan atau institusi.
Nama Alternatif
Tugasan
Perakuan kualiti pertanian, makanan pertanian, ternakan, perhutanan dan alam sekitar
Menyediakan dan menguruskan rancangan untuk penambahbaikan tanaman dan pengeluaran
Merancang dan menyelaraskan projek pembangunan tanah untuk tanah pertanian dan hutan
menjalankan penyelidikan di dalam makmal dan di lapangan untuk meningkatkan pengetahuan saintifik mengenai organisma hidup : untuk menguji hipotesis; untuk menyelesaikan masalah dalam bidang seperti alam sekitar, pertanian, dan kesihatan; dan membangunkan produk, proses, dan teknik baru untuk digunakan dalam farmaseutikal, pertanian, dan alam sekitar
Menjaga kelestarian, keselamatan dan kualiti alam sekitar
menulis kertas kerja dan laporan saintifik yang memperincikan penyelidikan dan sebarang penemuan baru yang akan diteliti dan diperbahaskan secara lanjut oleh komuniti saintifik dalam jurnal sains atau dalam persidangan
mereka bentuk dan menjalankan penilaian impak alam sekitar untuk mengenal pasti perubahan yang disebabkan oleh faktor semula jadi atau manusia
memberi maklumat kepada pihak kerajaan, organisasi, dan perniagaan dalam bidang seperti pemuliharaan, pengurusan sumber asli, kesan perubahan iklim, dan pencemaran
mengenal pasti, mengelas, merakam dan memantau organisma hidup, dan menyelenggara pangkalan data
mengumpulkan data dan spesimen tumbuhan; dan mengkaji asal usulnya, perkembangannya, bentuk kimia dan fiziknya, strukturnya, komposisinya, serta proses kehidupan dan pembiakannya
mengkaji organisma hidup dengan menggunakan pelbagai kelengkapan, instrumen, teknologi dan teknik terkhusus
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • A
    Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan
  • 0521
    Sains Alam Sekitar
  • 0522
    Persekitaran Semula Jadi dan Hidupan Liar
  • 0717
    Teknologi Perlindungan Alam Sekitar
Kemahiran
Asas
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis statistik
kemahiran dalam pengumpulan, pemeriksaan, ringkasan, manipulasi, dan interpretasi data kuantitatif.
Analitik
kebolehan untuk meleraikan maklumat ke kategori yang lebih kecil untuk membuat kesimpulan.
Landskap
kemahiran mengubah ciri-ciri kawasan tanah yang dapat dilihat dengan tujuan mewujudkan persekitaran yang indah.
Penilaian Kesan Alam Sekitar
kemahiran mengenal pasti kesan terhadap persekitaran biogeofizik
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Saintifik
Berkemahiran untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan