Carian Terkini
Kod MASCO
2142-03
Bandingkan
Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred L5
STEM
Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred L5 bertanggungjawab dalam pelaksanaan, pelaporan serta pemantauan projek-projek pembangunan kerajaan. Mereka mengurus perolehan kerja bagi semua projek pembangunan, pengubahsuaian atau naik taraf, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan dan ruang pejabat.
Nama Alternatif
Tugasan
Menyemak dan menyediakan unjuran perbelanjaan bagi semua projek pembangunan
Menguruskan perolehan perkhidmatan perunding bagi semua projek pembangunan
Menguruskan perolehan kerja bagi semua projek pembangunan, pengubahsuaian atau naik taraf, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan dan ruang pejabat
Mengemaskini data maklumat kontrak bagi semua projek pembangunan di dalam data Sistem Pemantauan Projek.
Bertanggungjawab dalam pelaksanaan, pelaporan serta pemantauan projek-projek pembangunan kerajaan
mengurus, menyelaras dan memantau pengurusan projek dan pentadbiran kontrak bagi projek pembangunan kerajaan
  • C
    Pembuatan
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • N
    Aktiviti Pentadbiran Dan Khidmat Sokongan
  • F
    Pembinaan
  • LE-040-5:2012
    Perundingan & Pengurusan Bangunan Hijau
  • ME-030-5:2015
    Sistem Pengurusan Bangunan & Pengurusan Tenaga
  • F421-001-5:2020
    Pengurusan Urusan Jalan
  • F421-001-5:2020
    Pengurusan Urusan Jalan
  • 0712
    Kuasa Elektrik dan Tenaga
  • 0716
    Kejuruteraan Awam
  • 0731
    Seni Bina
  • 0732
    Perancangan Bandar dan Wilayah
  • 0733
    Pembinaan dan Bangunan
  • 0734
    Kaji Ukur
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Matematik
Kemahiran menggunakan matematik untuk menyelesaikan masalah.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran AutoCAD
kemahiran mereka bentuk berbantukan komputer komersial (CAD) dan merangka aplikasi perisian.
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Pengurusan pembinaan
kemahiran merancang projek, memetakan garis masa, dan melaksanakan setiap fasa projek.
Standard Kebersihan dan Keselamatan Makanan
kemahiran dalam peraturan dan piawaian yang direka untuk melindungi pengguna daripada risiko penyakit yang disebabkan oleh makan makanan yang tidak selamat seperti Akta Makanan 1983, Peraturan Makanan 1985, GMP, HACCP dsb.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan