Carian Terkini
Kod MASCO
2143
Bandingkan
Jurutera Alam Sekitar
TVET
Jurutera Alam Sekitar menjalankan penyelidikan, memberi nasihat, mereka bentuk dan memberi penyelesaian untuk mencegah, mengawal atau memulihkan kesan negatif akibat aktiviti manusia terhadap alam sekitar dengan menggunakan pelbagai aturan kejuruteraan. Mereka menjalankan penilaian alam sekitar untuk projek pembinaan dan kejuruteraan awam, dan menggunakan prinsip-prinsip kejuruteraan untuk mengawal pencemaran, kitaran semula dan pelupusan sisa.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
mengurus sumber hutan, rekreasi dan alam sekitar bagi memaksimumkan faedah komersil untuk jangka masa panjang dan untuk manfaat komuniti
menyelidik tanaman ladang dan rumput, dan membangunkan kaedah penanaman baru atau yang ditambah baik
menyelidik tanaman hortikultur dan membangunkan kaedah penanaman baru dan yang ditambah baik
mengkaji kesan faktor-faktor seperti rupa bumi, altitud, keadaan iklim, sumber nutrisi, dan haiwan pemangsa ke atas haiwan dan tumbuhan
menyiasat struktur komuniti organisma dan meramal kesan gangguan oleh manusia atau perubahan alam sekitar
mereka bentuk sistem bekalan air perbandaran dan rawatan sisa air industri serta peka mengenai isu alam sekitar tempatan dan antarabangsa seperti kesan hujan asid, kemerosotan lapisan ozon, pencemaran air dan pencemaran udara daripada ekzos kenderaan dan sumber perindustrian
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
melaksanakan tugas yang berkaitan
menjalankan kajian pengurusan sisa berbahaya untuk menilai tentang bahaya tersebut, memberi nasihat tentang rawatan dan pencegahan serta menggubal peraturan untuk mencegah kejadian yang tidak diingini
mengkaji impak projek pembinaan yang dicadangkan ke atas alam sekitar
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan