Carian Terkini
Kod MASCO
2143-04
Bandingkan
Jurupemulihan Persekitaran
STEM
GREEN
Jurupemulihan Persekitaran menjalankan penyelidikan, memberi nasihat, mereka bentuk dan memberi penyelesaian untuk mencegah, mengawal atau memulihkan kesan negatif akibat aktiviti manusia terhadap alam sekitar dengan menggunakan pelbagai aturan kejuruteraan. Mereka menjalankan penilaian alam sekitar untuk projek pembinaan dan kejuruteraan awam, dan menggunakan prinsip-prinsip kejuruteraan untuk mengawal pencemaran, kitaran semula dan pelupusan sisa.
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan kajian pengurusan sisa berbahaya untuk menilai tentang bahaya tersebut, memberi nasihat tentang rawatan dan pencegahan serta menggubal peraturan untuk mencegah kejadian yang tidak diingini
mengkaji impak projek pembinaan yang dicadangkan ke atas alam sekitar
mereka bentuk sistem bekalan air perbandaran dan rawatan sisa air industri serta peka mengenai isu alam sekitar tempatan dan antarabangsa seperti kesan hujan asid, kemerosotan lapisan ozon, pencemaran air dan pencemaran udara daripada ekzos kenderaan dan sumber perindustrian
mengkaji kesan faktor-faktor seperti rupa bumi, altitud, keadaan iklim, sumber nutrisi, dan haiwan pemangsa ke atas haiwan dan tumbuhan.
  • C
    Pembuatan
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • G
    Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • E
    Bekalan Air; Pembentungan, Pengurusan Sisa Dan Aktiviti Pemulihan
  • LE-038-5:2016
    Pengurusan Sistem Kawalan Pencemaran Udara Indusri
  • 0521
    Sains Alam Sekitar
  • 0717
    Teknologi Perlindungan Alam Sekitar
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Analisis
keupayaan untuk mengumpulkan dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan
Analisis punca masalah
kemahiran dalam menggunakan kaedah penyelesaian masalah untuk mengenal pasti punca kerosakan atau masalah.
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Hijau
kemahiran yang melibatkan produk dan perkhidmatan yang mesra alam.
Pengurusan Sisa Berbahaya
kemahiran mengurangkan jumlah bahan berbahaya yang dihasilkan dan merawat sisa berbahaya untuk mengurangkan ketoksikannya,
Penilaian Kesan Alam Sekitar
kemahiran mengenal pasti kesan terhadap persekitaran biogeofizik
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan