Carian Terkini
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2145
Bandingkan
Jurutera Kimia
TVET
Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan membangunkan, mereka bentuk, memberi khidmat nasihat, dan mengarah proses dan pengeluaran kimia berskala komersil bagi pelbagai bahan dan barangan seperti minyak mentah, terbitan petroleum, produk makanan dan minuman, ubat-ubatan atau bahan sintetik, dan mengarah penyelenggaraan dan pembaikpulihan loji industri, atau mengkaji dan memberi khidmat nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk atau proses tertentu.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
menjalankan penyelidikan, memberi khidmat nasihat, membangunkan dan mereka bentuk proses kimia berskala komersil dan kelengkapan untuk menapis minyak mentah dan cecair atau gas lain
menghasilkan bahan dan barangan seperti terbitan petroleum, bahan letupan, produk makanan dan minuman, ubat-ubatan, atau bahan sintetik
menetapkan kaedah pengeluaran, standard bahan dan kualiti, serta memastikan ia mematuhi spesifikasi
menetapkan standard kawalan dan prosedur untuk memastikan keselamatan, perlindungan alam sekitar, dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan
meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
menjalankan tugas yang berkaitan
mengekalkan hubungan baik dan mengadakan perundingan teknikal dengan pakar lain yang berkaitan
menyediakan laporan analisis
mengelola dan memberi nasihat tentang penyelenggaraan dan pembaikpulihan kelengkapan sedia ada
mengesan dan membetulkan ketidakfungsian
mengkaji dan memberi nasihat tentang aspek teknologi bahan, produk, atau proses tertentu
memastikan aspek yang berkaitan bagi pembinaan loji pembuatan kimia
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan