Carian Terkini
Kod MASCO
2149-18
Bandingkan
Jurutera Penyelidikan
STEM
Jurutera Penyelidikan menggabungkan kemahiran penyelidikan dan pengetahuan tentang prinsip kejuruteraan untuk membantu dalam pembangunan atau reka bentuk produk dan teknologi baharu. Mereka juga menambah baik proses teknikal, mesin dan sistem sedia ada serta mencipta teknologi baharu yang inovatif.
Nama Alternatif
Tugasan
Membina prototaip produk dan sistem untuk tujuan ujian
menjalankan tugas yang berkaitan
Menggunakan peralatan khusus untuk menganalisis dan menguji proses, peralatan atau bahan
Mengurus dan mengetuai ahli-ahli pasukan rekabentuk atau penyelidikan
Membangunkan konsep untuk produk, proses atau peralatan sedia ada atau baru yang berkaitan dengan industri mereka
Menjalankan penyelidikan untuk mengenal pasti penyelesaian bagi masalah industri
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
  • 0788
    Program dan Kelayakan Antara Disiplin yang Melibatkan Kejuruteraan, Pembuatan dan Pembinaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Operasi Kawalan Kualiti
kemahiran merancang strategi pembangunan dan pelaksanaan standard kualiti
penyelidikan dan pembangunan
kemahiran membuat penyelidikan, merancang, dan melaksanakan program dan protokol baru ke dalam syarikat atau organisasi mereka dan mengawasi pengembangan produk baru.
Sistem pengurusan OSH
kemahiran merancang, tindakan dan prosedur untuk menguruskan kesihatan dan keselamatan secara sistematik di tempat kerja.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan