Carian Terkini
Kod MASCO
2149-22
Bandingkan
Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41
STEM
Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.
Nama Alternatif
Tugasan
Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan
Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja
Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • MC-040-5:2013
    Pengurusan Rekabentuk Produk Industri
  • FB-023-5:2012
    Pengurusan Industri
  • 0741
    Teknologi Kejuruteraan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Menulis
kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan sesuai dengan keperluan audiens. 
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Khusus
Kejuruteraan Teknikal
kebolehan merancang dan membina atau menggunakan mesin, alat dan peralatan teknikal.
Kemahiran Automasi
kemahiran menggunakan teknologi, program, robotik atau proses untuk mencapai hasil dengan input manusia yang minimum
Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja
kemahiran dalam keperluan undang-undang, perakuan dan pendaftaran, pemantauan dan pengawasan, pelaporan kemalangan dan pampasan kecederaan kerja.
Mekanikal & Elektrikal
kemahiran dalam pembuatan dan pembaikan pelbagai produk elektrik dan elektronik.
Sistem pengurusan OSH
kemahiran merancang, tindakan dan prosedur untuk menguruskan kesihatan dan keselamatan secara sistematik di tempat kerja.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan