Carian Terkini
Kod MASCO
2263-44
Bandingkan
Orang Yang Kompeten (OYK) - Major Hazard
GREEN
Orang Yang Kompeten (OYK) -  Major Hazard bertanggungjawab untuk menyediakan  rundingan bagi mengawal bahaya kemalangan besar kepada pengilang yang menyimpan, mengendali dan memproses bahan berbahaya yang melebihi daripada kuantiti ambang yang dinyatakan dalam Peraturan- Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar dalam Perindustrian)1996. SIJIL:a) Sijil Pendaftaran Orang Kompeten (Major Hazard) KELAYAKAN MINIMUM DAN TEMPOH KURSUS:a) Memegang ijazah atau yang setaraf dalam salah satu bidang berikut: kejuruteraan, fizik, kimia, biokimia atau sains gunaan dari Universiti yang diiktirafb) Pengalaman kerja berkaitan tidak kurang (5) tahun dalam bidang kawalan Pemgurusan Kemalangan Bahaya Besarc) Pengalaman praktikal sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam tugas-tugas yang relevan dengan penyediaan laporan Aktiviti Industri (dokumen baru atau dokumen kemaskini) dan Pelan Kecemasan Tapak (dokumen baru atau dokumen kemaskini)d) Pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Pengurusan Kemalangan Bahaya Besar termasuk Penilaian risiko (Quantitative Risk Assessment)e) Lulus temuduga yang ditetapkan
Nama Alternatif
Tugasan
menyediakan rundingan bagi mengawal bahaya kemalangan besar kepada pengilang yang menyimpan, mengendali dan memproses bahan berbahaya yang melebihi daripada kuantiti ambang yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996
Menjalankan tugas yang berkaitan
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja
Menyediakan dan mengemukakan laporan
Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang-bidang seperti Perundangan Malaysia berkaitan Major Hazard Installation, Sistem Pengurusan Keselamatan dan Pelan Kecemasan Tapak
Mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam penilaian risiko (Quantitative Risk Assessment)
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • S
    Aktiviti Perkhidmatan Lain
  • 1022
    Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Berfikir Kritis
Kemahiran menggunakan logik dan penaakulan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penyelesaian, kesimpulan atau pendekatan alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Pemahaman Bacaan
Kemahiran memahami ayat dan perenggan yang ditulis dalam dokumen berkaitan kerja.
Penyelesaian Masalah
kemahiran mengenal pasti masalah yang kompleks dan mengkaji maklumat yang berkaitan untuk membuat penilaian dan menyelesaikan masalah.
Khusus
Audit Keselamatan
kemahiran mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kecekapan, keberkesanan dan kebolehpercayaan keseluruhan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan syarikat.
Kemahiran Pengurusan Kualiti
kemahiran memastikan organisasi, produk atau perkhidmatan adalah konsisten.
Microsoft Office
kemahiran menggunakan rangkaian aplikasi, pelayan dan perkhidmatan pejabat yang dibangunkan oleh Microsoft.
Pengurusan Pematuhan
kemahiran memantau dan menilai sistem untuk memastikan ia mematuhi piawaian industri dan keselamatan
Penilaian Kesan Alam Sekitar
kemahiran mengenal pasti kesan terhadap persekitaran biogeofizik
Penilaian risiko
kemahiran menentukan risiko kuantitatif atau kualitatif yang berkaitan dengan situasi yang ditentukan dan ancaman yang telah dikenalpasti.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan