Carian Terkini
Kod MASCO
2432
Bandingkan
Profesional Perhubungan Awam
TVET
Profesional Perhubungan Awam menambah baik, memberi nasihat dan mengaplikasikan kaedah operasi untuk membina, memelihara dan menguruskan komunikasi antara organisasi dengan khalayaknya.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Nama Alternatif
Tugasan
membangunkan dan mengekalkan hubungan kerja yang baik dengan pihak media, termasuk akhbar tempatan dan nasional, majalah, radio dan televisyen
memberi taklimat ketika pembentangan, sidang akhbar, temu ramah radio dan televisyen, dan sesi mesyuarat
mengatur acara khas seperti sidang akhbar, pameran, hari terbuka, lawatan, pertandingan dan penajaan
menulis dan menyunting siaran akhbar, berita dalaman, ucapan, rencana, dan laporan tahunan
menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran dan laporan tahunan
menyimpan dan mengemas kini maklumat tentang laman web organisasi
menjawab pertanyaan daripada individu, wartawan dan organisasi lain
menyediakan dan menyelia pengeluaran brosur publisiti, edaran, video promosi, fotograf, filem, dan program multimedia
meningkatkan kefahaman serta menyelaras pelaksanaan kerja
menumpukan pada peningkatan kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat
memupuk hubungan komuniti melalui acara seperti hari terbuka dan melalui penglibatan masyarakat
menjalankan tugas yang berkaitan
merancang penyelidikan dan penilaian
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan