Carian Terkini
Kod MASCO
2433-15
Bandingkan
Pakar Aplikasi (Biokimia)
Pakar Aplikasi (Biokimia) menambah baik, menasihat atau mengaplikasikan kaedah operasi khusus dalam penjualan produk perubatan dan penjagaan kesihatan biokimia dan menyediakan maklumat khusus seperti yang diperlukan.
Nama Alternatif
Tugasan
Peka tentang perkembangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), menjangka impak negatif dan positif yang mungkin timbul ke atas perniagaan dan mengamalkan strategi sewajarnya
Peka tentang aktiviti perkhidmatan kesihatan di kawasan tertentu
Menghadiri mesyuarat syarikat, sesi penerangan dan taklimat data teknikal
Merancang penyelidikan dan penilaian
Menyediakan maklumat mengenai reka bentuk di mana produk atau perkhidmatan hendaklah mengikut keperluan pelanggan
Membuat laporan dan kertas kerja untuk menjalankan demonstrasi mengenai faedah produk atau perkhidmatan tersebut
Mengatur penghantaran barangan, pemasangan peralatan dan penyediaan perkhidmatan
Menilai keperluan dan mengesyorkan barangan atau perkhidmatan yang sesuai
  • M
    Aktiviti Profesional, Saintifik Dan Teknikal
  • Q
    Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan Dan Kerja Sosial
  • FB-018-5:2012
    Pengurusan Jualan & Pemasaran
  • C210-001-5:2017
    Pengurusan Pengeluaran Alat Perubatan
  • 0914
    Diagnostik Perubatan dan Teknologi Rawatan
  • 0916
    Farmasi
Kemahiran
Asas
Aktif Mendengar
Kemahiran dalam memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh orang lain, meluangkan masa untuk memahami perkara yang dibuat dan mengemukakan soalan yang sesuai.
Bertutur
Kemahiran berkomunikasi dengan berkesan serta menyampaikan maklumat secara lisan dan dengan cara yang dapat difahami.
Berunding
kemahiran menyatukan orang lain dan berusaha mendamaikan.
Memujuk
kemahiran memujuk orang lain untuk mengubah fikiran atau tingkah laku mereka.
Persepsi Sosial
keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perasaan orang di sekeliling mereka.
Khusus
Microsoft Excel
kemahiran menggunakan perisian spreadsheets untuk mengatur nombor dan data dengan formula dan fungsi.
Penyelidikan Pasaran
Mengumpul maklumat tentang sasaran pasaran atau pelanggan.
Perunding Perubatan
kemahiran memberikan nasihat perubatan untuk pelbagai tujuan.
Bandingkan (/2)
Lihat Perbandingan